Pengikut

Khamis, 29 Ogos 2013

Cara Meningkatkan Pageviews?

Wah, tajuknya bukan main gempak lagi kan! 
862 merupakan Pageviews Tetamu Isimewa semalam. 
Alhamdulillah, daripada 748 ke 862. Hampir mencecah 900. 
Belum pun cecah 1000 dah hebohkan saya ni. Orang lain tak kecoh pun. 
Entri ini bukan untuk menyebarkan riak kata cik akak, tapi sekadar untuk mengucapkan kesyukuran dan berkongsi kegembiraan itu dengan blogger yang turut menyumbang peningatan ini.

Sebenarnya  tiada apa yang hendak saya sembunyikan. Dan, apa yang telah saya lakukan hendak saya kongsikan juga di sini.

1) Cuba perhatikan entri saya untuk bulan ini. Rasanya dah lebih 50 lebih. Berbanding bulan lepas dan sebelumnya. Kalau dulu lagilah. Malas sungguh saya nak terbitkan entri baharu. Kadang-kadang seminggu sekali sahaja. Tapi sejak seminggu dua ini, sekurang-kurangnya sehari dua atau tiga entri dalam sehari akan saya terbitkan.

2) Keduanya, mungkinkah saya boleh katakan yang tajuk entri yang ditulis memainkan peranan penting. Kalau blog blogger popular mestilah tersenarai dalam Bloglist kan? Tapi, rasanya Tetamu Istimewa berapa kerat sangatlah yang nak letak dalam Bloglist kan. Kalau di Bloglist pasti blogger tersebut akan mengunjungi blog anda setiap hari dan jika ada entri baharu. Tapi, kalau yang tidak tersenarai dan mengharapkan carian dari enjin carian sahaja, pasti sukar juga melainkan tajuk entri kita menarik dan lain dari yang lain.

3)Ketiganya, sebolahnya entri yang ditulis bermanfaat dan kalau yang berkemahiran bolehlah berkongsi tentang ilmu yang kita ada. Ilmu yang saya boleh kongsikan di sini sekadar ilmu penulisan dan sedikit berkaitan pendidikan. Moga entri penulisan saya itu mampu mencambahkan idea blogger yang membaca.

4) Kenalah rajin berkunjung ke blog rakan juga kan. Dan, kalau rajin berilah respon terhadap entri yang dibaca. Dan kalau rajin lagi tinggalkan link anda di Cbox blog tersebut. Selain tuan blog itu baca, pasti pengunjung lain yang singah di situ juga boleh klik dan seterusnya ke blog kita. 



43 ulasan:

  1. betol semua tu cikgu....
    yang penyting lakukan dengan ikhlas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keikhlasan dalam berkongsi ilmu sangat diberkati dan dituntut.

      Padam
  2. jarang jejak smpi 800..wah tinggi betul tu

    BalasPadam
  3. wah..pv 900..tahniah
    suntikan semangat buat yumida jugak nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Rasanya 900 tu dah biasa bagi blogger seperti Yumida yang popular ni.

      Padam
  4. pergggghhhh.. jeles nya.. kiter nak dapat 100 pon terkedek2 ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki. Berkat pembaca semua juga yang singgah di sini.

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih. Kalianlah yang membuatkan saya boleh memperolehi catatan begini.

      Padam
  6. Tahniah cikgu.. Nice sharing.. Kak Erin pun selalu berkunjung ke blog cikgu.. yang bestnya, blog cikgu ni di update setiap hari.. Rajin betul cikgu.. Mana sibuk nak menulis cerpen lagi.. Tapi still sempat menguruskan blog.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Erin atas sokongan setia yang diberikan. Insya-Allah, tak lama lagi masuklah dalam ruangan Setia Bersama di sebelah kanan tu.

      Menulis? Ada masanya juga. Alhamdulillah, setakat ini masih boleh menguruskan diri.

      Padam
    2. Terima kasih Kak Erin atas sokongan setia yang diberikan. Insya-Allah, tak lama lagi masuklah dalam ruangan Setia Bersama di sebelah kanan tu.

      Menulis? Ada masanya juga. Alhamdulillah, setakat ini masih boleh menguruskan diri.

      Padam
  7. Saya setuju no 2. Kena tahu bahawa blogwalkers hanya tertarik kepada tajuk dahulu. Dan blogwalkers guna teknik scheming apabila membaca blog. Oh ada juga yang tak baca langsung. Hanya datang baca tajuk, intro dan kesimpulan. Kemudian komen. Terpulang kepada tuan blog memilih pembacanya bagaimana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau entri yang terlalu panjang selalunya begitulah yang dilakukan. Tapi, kalau entri itu menarik, pasti dibaca sampai habis.

      Tuan Blog dapat kenalpasti pembacanya melalui komen yang ditinggalkan.

      Padam
  8. tahniah cikgu, moga sentiasa diberikan kekuatan dan ilham menulis :)

    BalasPadam
  9. betul tu cikgu acik sokong ..alhamdulilah pageview dah banyak di blog cikgu

    BalasPadam
  10. wah.. banyaknya pageview.. tahniah.. :) thanks sebab sudi kongsi tips.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sekadar berkongsi apa yang dilakukan saja.

      Padam
  11. Dah cukup banyak dah tu..sokong apa dituliskan.

    BalasPadam
  12. Sekarang ni memang saya dapati blog ini sgt aktif, cikgu mampu terbitkan 2~3 entri dlm satu hari...xterkejar saya, byk yg tertinggal.

    Tahniah! Kini tiba masa untuk meningkatkan ilmu blogging...berkenalanlah dgn SEO, Backlink, PRank, Webmaster dan sebagainya. Cikgu kena meningkatkat tahap visual blog ini di dunia maya dan enjin carian agar mudah pencari maklumat dan blogger mengesan blog ini.

    Bagi saya rugilah sebuah blog yg mempunyai entri yg bagus dan bermanfaat spt ini tapi terpinggir di enjin carian dan ilmu tidaklah dpt disampaikan kpd pencari dan ramai orang...

    Belajarlah perlahan2 dan lihatlah hasilnya yg pasti berganda2 dr apa yg cikgu dapat sekarang! Ingat...kualiti dan konsistensi tetap dikekalkan dan keikhlasan utk berkongsi itu jgn dilupakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bm. Komen yang sangat membina dan meransang semnagt untuk saya terus menulis di sini.

      Padam
  13. tahnih..fizi tumpang sekaki buat kejayan dan ilmu dari bro:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizi menyokong Tetamu Istimewa. Amin, moga bermanfaat.

      Padam
  14. Tahniah.... banyaknya pageview... kagum....

    BalasPadam
  15. tak perasan plak view iqa berapa.huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah semak, entah-entah lebih banyak dari saya.

      Padam
  16. betul tu helmi.. aiza je yang malas nak menulis entri sekarang ni.. hehe..
    p.s: cuba pasang iklan nuffnang.. sambil menulis entri blog boleh menjana pendapatan sampingan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. P/S: Tak tahu macam mana nak mula. Kalau ada yang sudi tunjuk dari awal hingga akhir bolehlah.

      Padam
  17. Saya suka datang blog cikgu ni =) banyak info yang saya akan dapat, tak mustahillah blog cikgu ni ramai pengunjung..ha3, cikgu ni terlampau rendah diri kot..saya rasa ada je semua tu..teruskan menulis ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan puji melambung sangat Fais.

      Terima kasih ya, sudi menyokong Tetamu Istimewa.

      Padam
  18. hamba paling sokong bab rajin memperbaharui entri tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin kemaskini blog pasti ada yang datang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78