Pengikut
Jumaat, 20 April 2012
Catatan Ringkas
Rasanya sudah seminggu saya tidak mencatatkan apa-apa di blog ini. Bukannya tidak berhajat untuk berbuat begitu tetapi saya rasa lebih baik saya berbuat begitu dengan berdiam diri. Pertamanya tiada perkara yang menarik untuk dicatatkan dan dikongsikan. Keduanya saya sedang sibuk menyediakan kertas soalan peperiksaan PKBS kali kedua nanti. Baru kini saya merasai betapa susahnya menyediakan kertas soalan.
Berkaitan karya kreatif terbaru yang tersiar di media insyaallah saya akan mengemaskininya nanti. Alhamdulillah.
Tatkala membaca entri rakan-rakan penulis yang menghasilkan buku ataupun novel terasa diri ini bila pula hendak mengikut jejak mereka. Hasrat itu ada tetapi belum bersedia. Jadi saya fikir buat sementara waktu cukuplah dulu dengan penulisan cerpen.
*Bersediakah anda untuk menyerbu pesta buku nanti....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78
yeaaahh!Akhirnya Helmi updated juga...hehe
BalasPadam