Pengikut

Selasa, 24 April 2012

Battleship Menguji Strategi Peperangan di Laut



Hujung minggu lepas saya berpeluang merehatkan minda dengan menjelajah bandar Rawang. Saya ke Bandar Tasik Puteri mengunjungi rumah rakan. Kemudian sampai sahaja di sana dia ajak saya ke Tanjung Karang pula untuk mengunjungi rumah seorang lagi rakan lama. Saya kira sudah hampir tiga tahun selepas saya tamat belajar di UPM saya tidak bertemu dengannya. Sesungguhnya ia sangat mengujakan saya. Berkunjung ke Tanjung Karang seperti saya pulang ke kampung. Kebetulan rumah rakan saya itu dikelilingi dengan sawah padi. Wah, nyaman dan segar udaranya!

Selepas itu kami merancang untuk ke bandar Hulu Selangor untuk menonton wayang. Entahlah saya juga bukan kaki wayang. Dan saya juga bukan kemaruk sangat untuk menonton filem orang putih ni. Tetapi ajakan rakan saya itu saya penuhi juga. 

BATTLESHIP. Itulah tajuk filem yang keluar dari mulut rakan saya. 

Lain padang lain belalang. Itulah yang saya dapat katakan. Barangkali anda yang pernah menontonnya ada pendapatnya sendiri. Ada yang menyifatkannya sebuah filem yang baik, klise dan sebagainya. Namun bagi saya setelah saya menonton Battleship saya melihat Battleship adalah sebuah filem yang mempertaruhkan percaturan strategi peperangan di dalam laut. Selain peranan Angkatan Tentera Laut menjaga keselamatan sesebuah negara. Sikap tidak mudah berputus asa dan kerjasama dalam sesebuah pasukan adalah kunci kejayaan.

Selamat menonton.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78