Pengikut

Jumaat, 10 Februari 2012

Cerpen: Rombongan Masuk Jawi


Rombongan Masuk Jawi merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di Utusan Melayu Mingguan (Jawi). Bahagian pertama disiarkan pada 6 Februari 2012. Dan bahagian keduanya pula akan disiarkan pada 13 Februari 2012, iaitu minggu hadapan. Kepada sesiapa yang tidak pernah membelek atau menyedari Utusan Melayu Mingguan wujud eloklah mendapatkannya pada setiap hari isnin.  

Rasa bersyukur sangat-sangat kerana cerpen ini tidak terpinggir begitu sahaja setelah siap dikarang. Saya masih menjadikan watak utama dalam sesebuah cerpen saya adalah seorang remaja. Barangkali ia begitu dekat dengan saya walaupun saya ini sudah tua. 

Idea menulis cerpen ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman-pengalaman yang dilalui. Digabungjalinkan dengan unsur kreativiti dan persepsi terhasillah sebuah cerpen yang sederhana ini. Dalam cerpen ini juga sekali lagi saya memasukkan watak bukan Melayu untuk digandingkan dengan watak utama. Saya berharap mesej yang hendak disampaikan saya tercapai. 

Cerpen ini bukanlah cerpen terbaharu yang saya hasilkan. Ia dihasilkan lewat tahun lepas. Saya berharap setelah cerpen ini tersiar akan menguatkan semangat saya untuk terus menulis cerpen. Terima kasih kepada editor yang memberi ruang kepada penulis kerdil ini untuk berkongsi ilham. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang tidak jemu memberikan sokongan.

Selamat membaca.

2 ulasan:

  1. Tahniah dari ayahnda.....terlepas pandang sebenarnya. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih ayahanda yang tidak jemu-jemu mengucapkan tahniah kepada anakanda. Sokongan ayahanda sangat dihargai. Bolehlah nanti memberi komen sedikit setelah membaca kedua-dua bahagian cerpen ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78