Pengikut

Rabu, 10 September 2014

Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 Bocor

Assalamualaikum.



Nampaknya isu soalan bocor sekali lagi menghantui sistem peperiksaan di Malaysia. Kali ini belum pun soalan tersebut diduduki oleh murid telah dilaporkan soalan tersebut bocor.

Kertas Peperiksaan Sains (018, 028, 038) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada esok Khamis 11 September 2014 pada pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi telah dilaporkan bocor menerusi laman sosial.

Dalam Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan yang dipetik dari Berita Harian Online, peperiksaan ini akan ditangguhkan. Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains (Science)  adalah pada 30 September 2014

Alahai, kesiannya kepada calon-calon yang telah bertungkus lumus belajar dan membuat ulang kaji. Moga segala yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. 



Isnin, 8 September 2014

Tips UPSR: Skor Markah Tinggi Bahagian C Nilai Murni/Pengajaran

     Assalamualaikum.

Nilai Murni - kredit foto dari id.slideshare.net


Esok merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh murid sekolah rendah untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Justeru, berbaki masa yang ada saya ingin berkongsi sedikit lagi tentang tips untuk skor markah tinggi bahagian C: Nilai Murni/Pengajaran. Sebelum ini telah saya kongsikan tentang Formula Menjawab Bahagian C. Boleh rujuk entri tersebut. 

Kesilapan Semasa Menjawab


Untuk mendapat markah yang cemerlang bahagian C, murid-murid haruslah mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini. 

1. Menyalin petikan
Murid/calon yang hanya menyalin petikan hanya diberi markah Tahap Pencapaian Minimum (TPM). 

2. Meringkaskan petikan
Murid/calon perlu mengambil keseluruhan ayat untuk mengemukakan huraian nilai.

3. Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau frasa
Murid/calon perlu menulis dalam satu perenggan.

4. Ada nilai diberi tanpa huraian
Murid/calon hendaklah mengemukakan ayat yang lengkap bersama nilai dan huraian nilai.

5. Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan
Murid/calon perlu menjelmakan nilai daripada petikan dan huraiannya juga perlu berdasarkan petikan.

6. Tidak menjelmakan nilai
Murid/calon perlu jelmakan nilai daripada kata kerja yang terdapat dalam petikan bukannya menyalin nilai yang sedia ada.

7. Mengulang nilai atau idea
Murid/calon perlu memastikan nilai yang dijelmakan tidak sama antara lima nilai yang dikemukakan.



Ahad, 7 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Syarahan Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Syarahan Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri



Kita digalakkan menjaga kesihatan diri. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Rangka Karangan


1. Kita mesti menjaga _______________ .
2. Sihat bermaksud tidak ___________________ atau elok.
3. Seseorang itu perlu melakukan _______________ untuk kesihatan badan.
4. Kita digalakkan ____________ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
5. Antara aktiviti ________________ yang mudah dilakukan ialah berjoging, berbasikal atau          berenang.
6. Kita juga perlu menjaga __________________ diri.
7. Kebersihan diri , pakaian, tempat tinggal dan ______________ penting supaya kita terhindar    daripada penyakit.
8. Persekitaran yang bersih akan mewujudkan ___________ yang indah.
9. __________ yang seimbang dan berkhasiat juga penting untuk kesihatan diri.
10. Rehat dan _____________ yang cukup juga penting untuk diamalkan.
11. Badan akan bertenaga dan ________ pula akan cerdas jika ini menjadi amalan.
12. Selain amalan jasmani, amalan ______________ juga penting.
13. Kita perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang luhur dalam hidup ___________ .
14. Kita perlu ___________, baik budi dan tidak meninggi diri antara satu sama lain.
15. Amalan menjaga kesihatan diri perlu dipupuk sejak ______________.
16. Oleh itu, kita mesti _________________ .

Rangka karangan ini boleh digunakan untuk menjawab soalan berbentuk ceramah dan ucapan. 

NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu). 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78