Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Penjawat Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjawat Awam. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2015

Jawatan Kosong di Jabatan Kerajaan Malaysia 2015

Assalamualaikum.



Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - TERBUKA 2015

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbuka 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai:


Terdapat 1,108 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Januari 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkelulusan SPM sebagai:



Lebih banyak Jawatan Kosong di Jobs In Malaysia



Khamis, 15 Mei 2014

Teks Perutusan Sambutan Hari Guru 2014 - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 


“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI” 

Bismillahirrahmanirrahim 
 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan 
dan Salam 1Malaysia 



Saudara dan saudari warga pendidik 
dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 

1. Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran „cikgu‟, kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai hari guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan. 

2. Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik. 

3. Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. 

4. Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa. 

5. Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang. 

6. Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara. 

7. Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar. Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru. 

8. Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas “memanusiakan manusia” bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid. 

Saudara dan saudari yang dikasihi, 

9. Tema Hari Guru tahun ini “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. 

10. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan. 

11. Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara. 

12. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insyaallah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think across and think ahead. 

13. Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 


Saudara dan saudari yang dikasihi, 

14. Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi. 


15. Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 

16. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.” 

17. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan 
unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. 

18. Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid.Daya usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan. 

Saudara dan saudari yang dikasihi, 

19. Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks. 

20. Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pendidikan negara. 

21. Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab. 

22. Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari. 

23. Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru disamping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara. 


24. Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara”. 


Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian, 

25. Guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua. 


Saudara dan saudari yang dikasihi, 

26. Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah 
kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. 


27. Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin 
serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama, bangsa dan negara tercinta. 


“SELAMAT HARI GURU” 

“TERIMA KASIH CIKGU” 


DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF 
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 

16 Mei 2014 



Khamis, 20 Mac 2014

Semakan Penempatan Guru DG41 (Menengah) Bil 4/2014

Assalamualaikum.

TERKINI: Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 - (Menengah) Bil 4/2014.



Tahniah kepada yang berjaya. Selamat bertugas!


Selasa, 4 Februari 2014

Sijil Ujian Kompetensi ICT untuk Guru yang Lulus

Assalamualaikum semua.


Saya pernah berkongsi entri Semakan Status Ujian Kompetensi ICT Guru kepada seluruh guru di Malaysia. Saya pasti, sudah ramai yang menyemaknya dan sudah ada pun yang diberikan sijil. Tahniah, diucapkan kepada yang berjaya! Sijil ini bolehlah disimpan dalam fail sebagai koleksi peribadi. Jangan hilangkan pula ya.

Adakah yang gagal? Sudah pastilah, jika ini berlaku guru-guru ini akan berasa runsing sama ada perlu mengambil sekali lagi ataupun ada tindakan yang dikenakan. Setakat ini saya tidak dapat apa-apa maklumat lagi tentang perkara ini. 

Ada juga yang berkata, sekiranya guru gagal dalam ujian ini mereka akan diberi kursus khas untuk meningkatkan kecekapan guru tersebut menggunakan ICT. Bukankah itu yang terbaik sekiranya guru itu memerlukannya untuk membantunya menggunakan ICT pada zaman sekarang ini. Walau apa-apa pun, kepada guru yang gagal, usah bimbang dan runsing. Setakat ini belum ada apa-apa arahan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Nota: Maaf, tak dapat BW dan sebagainya. Masih letih. Pagi tadi sampai di Batang Kali pukul 5.30 pagi, pukul 6.40 terus ke sekolah. Sempat berehat sekejap selepas balik dari sekolah. 

Khamis, 23 Januari 2014

Semak Penyata Gaji Penjawat Awam 23 Januari 2014 Sempena Tahun Baru Cina

Alhamdulillah, pembayaran gaji pada bulan ini untuk penjawat awam telahpun masuk pada hari ini bersamaan 23 Januari 2014. Selalunya, pembayaran dibuat sekitar 25 dan 26 haribulan pada setiap bulan. 

Sempena Tahun Baru Cina pada bulan ini, maka pembayaran dibuat awal dua hari. Biarpun tidaklah menampakkan kesan yang besar, namun kepada kaum Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina pada 31 Januari nanti sudah pastilah mereka menanti-nantikan tarikh ini. 


Kepada penjawat awam yang belum menyemak penyata gaji,
bolehlah buat semakan di sini 
dengan klik pada pautan yang telah disediakan. 


Hemah berbelanja, pasti hidup bahagia!

Sabtu, 4 Januari 2014

100,000 Kekosongan Jawatan SPA 2014-Semak Status Terkini Permohonan Online


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mendedahkan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhdimatan awam untuk diisi pda tahun 2014. 


"Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam memberitahu, SPA telah melantik 60, 059 penjawat awam pada 2013 dengan memastikan calon bukan sahaja memiliki pakej kelulusan dan kelayakan tetapi berintegriti, produktif dan setia".-Utusan Malaysia 

Berita ini sudah pastilah mengembirakan kepada pemohon yang telah mengisi permohonan mengikut jawatan yang diiklankan. 

Untuk itu, kepada pemohon disarankan supaya sentiasa menyemak status terkini permohoanan SPA mereka agar tidak tercicir dan terlepas sekiranya dipanggil menghadiri temu duga. 



Senarai penjadualan sesi temu duga yang terkini telah pun dikeluarkan. 
Pemohon boleh menyemaknya di sini. 


Kepada pemohon yang ingin menyemak status terkini permohonan mereka, 
boleh klik pautan yang saya sediakan ini. 




Khamis, 14 Jun 2012

Getaran yang Berlainan

Alhamdulillah, getaran yang melanda diri saya sudah beransur pergi. Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini jemaah nazir ada berkampung di sekolah saya selama tiga hari. Bertapa kami pihak sekolah terkurung dalam gelombang kegelisahan.

Saya selaku guru baharu tentulah merasainya lebih daripada guru-guru lain. Memandangkan nazir yang datang itu merupakan opsyen Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik. Ketiga-tiga nazir itu berbangsa Cina.

Saya tidak menyangka dan agak terkejut kerana nazir yang berbangsa Cina itu menyelia bahagian Bahasa Malaysia. Jujur saya katakan jika saya tidak melihat wajahnya hanya mendengar suaranya saya akan menyatakan itu adalah suara orang Melayu. Bertapa fasih dan cukup petah berkata-kata dalam Bahasa Malaysia. Saya sangat kagum. Malah pengetahuannya tentang Bahasa Melaysia juga cukup tinggi. Layaklah dia untuk menjadi nazir dalam Bahasa Melaysia.

Selepas membuat pencerapan dia telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Atas bimbingan itu saya merasakan caranya cukup efektif dan prihatin.

Esok masih berbaki sehari nazir-nazir ini di sekolah saya. Dan perjumpaan secara besar-besaran akan diadakan. Harap-harap tiadalah masalah yang akan berlaku.

Khamis, 29 Disember 2011

Semakan Keputusan KISSM

 
Petang tadi saya menerima mesej daripada seorang rakan yang berbunyi;- Salam. Jangan lupa semak, print dan serahkan salinan keputusan KISSM Jun 2011 kepada kerani sekolah bagi memudahkan urusan pelantikan tetap anda pada masa hadapan. Harap Maklum. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau. KISSM-Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia


Alhamdulillah setelah menyemak keputusan tersebut saya telah LULUS. Kepada yang belum semak bolahlah berbuat demikian. Sila klik di alamat ini. http://www.moe.gov.my/kissm/induksi.php

Sabtu, 24 Disember 2011

Saya yang Menurut Perintah

Saya rasa semua penjawat awam tahu akan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2012. Maksud saya tahu akan skim ini akan dilaksanakan. Tetapi masih perlukan masa dan penerangan yang lanjut untuk memahami perjanjian tersebut. Walaupun CUEPACS sudah berjumpa dengan perdana menteri (PM) dan PM juga bersetuju untuk tangguhkan pelaksanaan skim ini yang dikatakan berat sebelah sebelum rundingan lanjut dijalankan. CUEPACS dan PM akan berunding sebelum diluluskan. Walau bagaimanapun saya telah diarahkan oleh kerani sekolah yang juga mendapat arahan daripada PPD untuk menandatangani perjanjian opsyen tersebut. Adakalanya terlalu kejam kerana masa yang diberikan terlalu singkat.

Saya dari Kedah terpaksa bergegas ke Hulu Yam Lama, tempat saya bertugas untuk menandatangani  perjanjian tersebut. Mujur abang saya bercuti. Terima kasih kepada abang saya kerana bersusah payah memandu kereta dari Kedah ke Selangor. Kami pergi berenam bersama kakak, kakak ipar, anak saudara dan ayah saya. Kami bertolak pada petang khamis 22.12.2011 dan sampai pada pukul 11.00 malam lebih. Kemudian pagi jumaat saya ke sekolah. Petang jumaat terus berangkat pulang. 

Dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai tepi jalan untuk membeli buah tangan pulang ke Kedah. Katanya duriannya bagus-bagus. Baru luruh dari pokok. Jadi kami beli selonggok dengan harga RM 30 dan serangkai buah rambutan. Pemergian kami diiringi dengan hujan. Begitu juga sewaktu pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat pergi dan selamat pulang.

Begitulah apabila 'saya yang menurut perintah' perlu akur dengan pihak atasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78