Pengikut

Jumaat, 19 Mei 2017

Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017

Berita Harian (BH) telah melancarkan sayembara novel remaja dan kanak-kanak 2017. Untuk sayembara ini BH telah bekerjasama dengan Majlis Buku Kebangsaan. 


Syarat dan borang penyertaan: 

Berikut ialah syarat penyertaan seperti yang ditetapkan penganjur:
Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali warga kerja NSTP dan MBKM.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1) Kategori novel remaja
2) Kategori novel kanak-kanak

》Tema sayembara ini adalah bebas tetapi karya hendaklah bersesuaian dengan nilai-nilai baik dan murni bagi kelompok pembaca remaja serta kanak-kanak.

》Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap genre.

》Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 80 hingga 100 muka surat, manakala bagi novel remaja dalam lingkungan 100 hingga 200 muka surat.

》Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.

》Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah, manakala nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.

》Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.

》Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah berkenaan perlu dipulangkan semula kepada penganjur.

》BH berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan BH.

》Keputusan panel hakim adalah muktamad.

》Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, sinopsis karya dan sekeping gambar berukuran pasport.

》Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 31 Oktober 2017 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH,
BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

HADIAH
Novel Remaja
Pertama : RM15,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM12,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM10,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM5,000 & hadiah iringan

Novel Kanak-kanak
Pertama : RM10,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM8,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM6,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM3,000 & hadiah iringan

Borang Penyertaan Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017 dengan Kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.


Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan boleh mendapatkan borang dengan melayari laman web www.bhpendidikan.com.my dan www.bharian.com.my bermula 15 Mei 2017 ini.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum, macam mana nak dapatkan borang penyertaan sayembara ni. Saya try buka laman web bh tak boleh.

    BalasPadam
  2. Dah klik laman web tu untuk dapat kan borang .. Tapi tak jumpa jumpa .. Boleh tolong tak ?

    BalasPadam
  3. hmmm.. patut lah ingatkan dah keluarkan boring tu...saya pon cari lah betul2.. tak ada lagi rupanya... anyway boleh tak bagi detail bila boring tu akan dikeluarkan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm Cikgu. Maaf bertanya. Klu2 cikgu tahu. Dah keluar ke keputusannya? Sy cuba call pihak penganjur, x berangkat pulak.

      Terima kasih cikgu :)

      Padam
  4. Susah nak menulis novel kanak2 ni bagi saya. Saya suka membacanya saja huhu.

    Cikgu ikut serta sayembara ni?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78