Pengikut

Selasa, 30 Mei 2017

Senarai Novel Remaja Terbaik dari Tahun 2007 hingga 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya yakin ramai yang akan menyertai SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017.

Sebelum menyertai sayembara itu, sudah pastilah penulis akan cuba membaca novel remaja yang terbaik yang boleh dijadikan penanda aras dan rujukan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Saya bukanlah pembaca tegar novel remaja. Namun, ada beberapa novel remaja yang saya rasakan terbaik dan boleh dijadikan pilihan untuk dibaca.

Oleh hal ini yang demikian, senarai ini dibuat setelah mengambil kira aspek kemenangan dalam sayembara dan hadiah sastera yang dimenangi termasuklah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).

SENARAI NOVEL REMAJA PILIHAN

1. Songket Berbenang Emas, DBP, 2015 (Cetakan KOMSAS) - Khairuddin Ayip (Pemenang Pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

2. Justeru Impian di Jaring, UP&D, 2007 - Zaid Akhtar (Pemenang Tempat Ketiga HSKU 2006 dan Novel KOMSAS Tingkatan 3).

3. Manikam Kalbu, DBP, 2009 - Faisal Tehrani (Pemenang Pertama Sayembara Mengarang Novel Remaja Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP dan Pemenang Novel Remaja HSPM 2006/2007).

4. Jendela Menghadap Jalan, UP&D, 2009 - Ruhaini Mat Darin (Pemenang Tempat Kedua HSKU 2008 dan Novel KOMSAS Tingkatan 4).

5. Silir Daksina, UP&D, 2010 - Nizar Parman (Pemenang Tempat Kedua HSKU 2009 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

6. Bimasakti Menari, UP&D, 2011 - Sri Rahayu Mohd Yusop (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2010, Pemenang Novel Remaja HSPM 2010/2011 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

7. Deru Angin, UP&D, 2012 - Hafizah Iszahanid (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2011).

8. Dalam Getar Waktu, UP&D, 2013 - Ruhaini Mat Darin (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2012).

9. Ke Pulau Sebatik I, ITBM, 2012 - Nur Mustika (Pemenang Novel Remaja HSPM 2012).

10. Sepetang di Kafe Biblioholic, adiwarna, 2013 - Ainunl Muaiyanah Sulaiman (Pemenang Novel Remaja HSPM 2013).

11. Gerbang Raudhah, DBP 2014 - Rohaidah Yon (Pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja Koperasi DBP dan Pemenang Novel Remaja HSPM 2014).

12. Mengukir Larut, DBP, 2016 - Amer Hmzah L. Kadir (Pemenang Pertama Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2015).

Senarai ini sekadar cadangan bacaan sahaja. Sudah pastilah ada lebih banyak novel dan pilihan daripada penerbit dan penulis lainnya.

Novel yang saya senaraikan ini juga mengambil kira tahun terbitan terkini dalam lingkungan 2007 hingga 2016 untuk memudahkan pembaca untuk memilikinya.

Selamat membaca.

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Novel Remaja Pilihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78