Pengikut

Rabu, 30 Disember 2015

Rak Buku yang Kondusif

Assalamualaikum.

Sudah lama saya menginginkan rak buku yang betul-betul kondusif dan sesuai. Kondusif dan sesuai itu mengambil kira saiz buku dan ketinggian buku yang diterbitkan di negera kita ini. Jadi, rak yang bagaimanakah sesuai dengan kriteria itu? Jika dicari di kedai sukar untuk mendapatkan ciri-ciri rak yang saya inginkan itu. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menempak khas rak buku yang seperti saya inginkan. 


Rak buku yang kondusif ini saiznya kira-kira 10 kaki X 7 kaki. Rak ini mempunyai enam tingkat dan empat pembahagian petak. Jadi, keseluruhannya 24 petak. Setiap petak ukurannya kira-kira 2 kaki setengah. 


Alhamdulillah, rak buku yang kondusif ini diperbuat daripada besi sepenuhnya. Kukuh dan sesuai untuk menyusun buku yang agak berat. Pasti ramai yang bertanya berapa jumlah buku yang boleh disusun pada rak ini? Saya jangkakan sekitar 1500-2000 buah buku muat untuk rak ini. 


Harga? Harga rak ini ialah RM700. Bagi saya amat berbaloi. Saya tempah khas rak ini dengan tukang besi yang selalu mengambil tempahan membuat grill pintu dan tingkap rumah. Oleh itu, jika ada yang berminat untuk memiliki rak buku yang kondusif begini boleh menempah sendiri. Boleh dikatakan inilah rak buku idaman saya.


2 ulasan:

  1. Salam.
    Boleh saya tahu dimana tuan menempahnya?
    Saya amat gembira sekiranya tuan dapat berkongsikan no telefon/ alamat kedai/ kenalan tersebut.
    Saya juga bercadang untuk membuat rak buku seperti ini dalam masa terdekat.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Saya tempah di tempat saya di Alor Setar, Kedah. Di tempat lain saya tak pasti.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78