Pengikut

Isnin, 22 September 2014

www.ithinkonline.org.my

Assalamualaikum.



Ingat lagikah kalian dengan Kursus i-Think dalam Talian (KiDT) yang pernah saya tulis dalam entri lepas? Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kursus ini. KiDT merupakan lanjutan daripada Program i-Think yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam fasa kedua ini, semua guru di Malaysia perlu mengikuti KiDT. 

Log In:
(Guna Nombor IC)

Password:
(Tanya Penyelaras i-Think Sekolah)

Kursus ini memerlukan guru menyiapkan 25 modul yang disediakan secara online. Antara kandungan 25 modul yang dikenali dengan Peta Kursus tersebut termasuklah:

Gambaran Keseluruhan
1. Gambaran Keseluruhan MPK
2. Gambaran Keseluruhan i-Think
3. Mesej Penting

Penetapan Konteks
4. Murid Abad ke-21
5. Sekolah Pemikiran
6. Enam Titik Permulaan

Proses Pemikiran
7. Alat Visual untuk Pembelajaran
8. Gambaran Keseluruhan Proses Pemikiran
9. Mendefinisikan Mengikut Konteks (Peta Bulatan)
10. Menerangkan (Peta Buih)
11. Membanding Beza (Peta Buih Berganda)
12. Membuat Pengelasan (Peta Pokok)
13. Hubungan Seluruh Bahagian (Peta Dakap)
14. Urutan (Peta Alir)
15. Sebab dan Akibat (Peta Pelbagai Alir)
16. Melihat Analogi (Peta Titi)
17. Bingkai Rujukan 

Alat Latihan
18. Peta Pemikiran Bestari
19. Latihan Berpandu
20. Kuiz Sekolah i-Think

Kemahiran Berfikir dan Menyoal
21. Penyoalan dan Pembinaan Soalan yang Berkesan
22. Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Kemahiran Menyoal 

Penilaian
23. Penetapan Konteks
24. Proses Pemikiran
25. Ujian Terakhir

KiDT harus disiapkan dalam tempoh 3 bulan. Fasa Perluasan ini bermula pada September hingga Disember. Guru-guru juga harus melepasi Ujian Terakhir dalam kadar 60 peratus untuk lulus.

6 ulasan:

  1. Hari tu tertengok my sis guna this app...pening jugak dia..he..he

    BalasPadam
  2. Sekarang ni jadi cikgu pun dah macam murid...kena belajar dan kena lulus pula tu. Kerjaya guru sgt mencabar... All the best Cikgu Helmi :)

    BalasPadam
  3. Cikgu pun sekarang ni mmg bnyk yg perlu dipelajari agar sentiasa mengikut arus perkembangan...

    BalasPadam
  4. Saya dah daftar dan siap saya punya pada tahun pertama ia dilancarkan.Bila saya nak login tak dapat masuk pula.Adakah saya perlu buat semula semua benda yang sama lagi.? 0198529889 mutonkais smk bau.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78