Pengikut

Isnin, 30 Jun 2014

Cara Menulis Rencana PT3 2014

Assalamualaikum.



Tugasan Sejarah PT3 mengkehendaki calon menulis tugasan tersebut dalam bentuk rencana. Panjang rencana itu pula tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Namun begitu, daripada maklum balas, calon meluahkan mereka tidak tahu atau kurang mahir menulis dan bagaimana bentuk rencana yang dimaksudkan itu. Oleh itu, saya mengambil inisiatif ini untuk berkongsi dan menjelaskan serba sedikit tentang bentuk RENCANA tersebut. 

Konsep atau Maksud Rencana


  • Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996:96) takrifan terhadap istilah rencana adalah masih umum. Istilah ini seringkali difahami sebagai sama dengan maksud esei dan artikel. Semuanya bersifat deskriptif, mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, malahan ciri-ciri media penyiarannya juga adalah sama, iaitu akhbar, majalah, dan buletin.
  • Kamus Dewan (2005: 1311) pula mencatatkan maksud rencana sebagai cerita, karangan atau kisah.
  • Kamus Lengkap Bahasa Indonesia (Em Zul Fajri dan Ratu Aprilia Senja, ?: 705) mencatatnya sebagai laporan pemberitaan. 
  • Pandangan Safian Hussain et.al. (1988: 282) tentang maksud rencana lebih menjurus kepada esei pendek untuk siaran akhbar dan majalah. 
  • Tulisan yang biasanya berukuran lebih panjang dan lebih terperinci daripada berita, mengandungi buah fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan yang biasanya berdasarkan peristiwa benar (Mustaffa Suhaimi (1986). 

Jenis Rencana

  • Rencana sukan
  • Rencana ekonomi
  • Rencana Pendapat
  • Rencana Kembara
  • Rencana Berita
  • Rencana sastera, dan sebagainya.

Corak Penulisan Rencana

  • Corak pendedahan
  • Corak penerangan
  • Corak pemujukan
  • Corak penghujahan (Rahman Shaari, 1996: 24- 36). 


Cara Menulis Rencana

  • Ada Pendahuluan
  • Ada Isi
  • Ada Penutup atau Rumusan

Oleh itu, fahamkah calon tentang bentuk penulisan rencana? Diharapkan perkongsian dan penjelasan secara ringkas ini dapat membantu calon PT3 menghadilkan tugasan Geografi dan Sejarah dengan baik. Semoga berjaya.

5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78