Pengikut

Jumaat, 25 April 2014

Sesi Bersama Penulis ITBM - Mohd Helmi Ahmad di PBAKL 2014

Bukan main gempak tajuk entri inikan, sesi bersama penulis ITBM. Macamlah popular sangat! Saya menerima kiriman e-mel daripada ITBM dengan menawarkan peluang untuk menyertai Sesi Bersama Penulis ITBM. 

Jika bersetuju pihak ITBM meminta saya menyenaraikan tarikh dan masa untuk dipertimbangkan serta melampirkan sekali gambar untuk tujuan penyediaan poster. 

Namun begitu, saya menolaknya kerana saya belum bersedia dan ekoran daripada masa saya yang tidak menentu. 

Jika boleh sekalipun hanya pada hujung minggu, itupun bergantung sekiranya jadual saya tidak bertembung dengan kelas tambahan. Untuk tidak mengambil risiko, saya menarik diri. 

Bagaimanapun, Insya-Allah saya akan tetap ke sana sebagai seorang pengunjung. 



JADUAL SESI BERSAMA PENULIS ITBM


24 April 2014 | Khamis

12.00 tengah hari   : Dr. Farid Shahran

4.00 petang        : Nazel Hashim

6.00 petang        : Nazri Hussien 



25 April 2014 | Jumaat

11.00 pagi : Ruzaini Yahya

6.00 petang : Abd. Razak Adam



26 April 2014 | Sabtu

5.00 petang : Dayangku Mastura & Hani Salwah



27 April 2014 | Ahad

11.00 pagi : Pyan Habib

2.00 petang : Dr. Siti Zainon Ismail & Siti Zaleha M. Hashim

4.00 petang : Zulkifli Khair



28 April 2014 | Isnin

1.00 petang : Ridzuan Harun

4.00 petang : Rosani Hiplee

6.00 petang : Nazrul Kama



29 April 2014 | Selasa

2.00 petang : Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI), Shahanz Akbar & Rosmiaty Shaari

6.00 petang : Amelia Hashim



30 April 2014 | Rabu

2.00 petang : Roslan Jomel

4.00 petang : Zainal Abas (Kasajiza A.S)

5.00 petang : Ladin Nuawi & Nur Mustika

6.00 petang : Hasanudin Md Isa



1 Mei 2014 | Khamis

5.00 petang : Wan Nor Azriq



2 Mei 2014 | Jumaat

11.00 pagi : Haniza Hamzah (Nilamsuri) & Rositah Ibrahim

4.00 petang : Anuar Othman & Jais Sahok

5.00 petang : Norhisham Mustafa & Alias Ismail



3 Mei 2014 | Sabtu

5.00 petang : Jeniri Amir & Mahaya Mohd Yassin



4 Mei 2014 | Ahad

2.00 petang : Dato' Dr. Zurinah Hassan & Raihani Mohd Said


4.00 petang : Salina Ibrahim



Diskaun Tetamu Istimewa

ITBM menawarkan diskaun istimewa sempena pesta buku PBAKL ini. Jadi, rebutlah peluang untuk memiliki buku terbitan mereka. Kalau tidak tahu nak beli buku apa, belilah buku saya Tetamu Istimewa. Oleh itu, para pembeli akan jimat kos pos penghantaran. Jika hendakkan harga yang lebih istimewa lagi, temui saya di sana. Saya boleh berikan harga yang lebih istimewa. Jika ada pembeli yang inginkan tanda tangan saya untuk buku Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya sedia menurunkannya pada buku tersebut. 

Sebenarnya sudah tidak sabar-sabar saya hendak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 yang bermula pada hari Khamis lagi. Insya-Allah, jika tidak ada aral melintang saya akan ke sana pada esok hari. Jika ada yang terserempak dengan saya nanti, bersapalah ya, kalau bukan sebagai penulis, sebagai blogger atau sebagai guru pun tidak apa. Jangan malu-malu dan jangan segan. 

Ayuh, kita semarakkan dunia pembacaan. Saya akhiri dengan kata-kata ini untuk renungan bersama:
Tidak akan tumbuh pohon ilmu, jika tidak disemai benih membaca. Tidak akan subur pohon amal, jika tidak dibajai dan disirami dengan aktiviti membeli dan membaca.

Nota: Mood sedang membuat congakan dan penyenaraian untuk buruan buku di PBAKL nanti.



10 ulasan:

  1. hye..selamat malam..syira jalan2 malam ni nak minta maaf kt semua rakan blogger :)
    semoga ikatan kita terus kuat ! ^_^
    happy blogging ^_^

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu Helmi;

    Mudah-mudahah dan harapan agar satu masa nanti cikgu pun akan duduk di atas pentas, bagi membicarakan buku cikgu, semoga terus bersemangat cikgu;).

    BalasPadam
  3. sesi bertemu pembaca la in.. bertemu peminat. ehehe

    BalasPadam
  4. Tandatangan penulis dah dpt, cuma bergambar dgn penulis Tetamu Istimewa je belum.. klu cikgu terima, nak juga pergi beramah mesra hehee.. semoga terus berjaya cikgu.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  5. Wah.Best sangat ! Cikgu,kalau dekat memang hari-hari saya berkampung
    di PBAKL.Gila sangat dengan buku dan Majalah.Juga nak bertemu penulis-
    penulis kesukaan.Pada saya,PBAKL ini ibarat medan pertemuan antara
    pembaca dan penulis.

    BalasPadam
  6. laaa...rugilah cikgu tarik diri
    tapi tak apalah, nanti adalah rezeki berjumpa peminat ye =)

    BalasPadam
  7. Cikgu tak offer diri untuk duduk bersama promosi buku tetamu istimewa sambil melayan pengunjung. Boleh juga perkenalkan diri dan bermesra bersama pembaca. Satu pengalaman yg menyeronokkan tu...masih ada masa, cubalah...

    BalasPadam
  8. Isk best lah kalau cikgu ikut serta

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78