Pengikut

Jumaat, 4 April 2014

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 Dibuka Sehingga 15 April 2014

Hebahan Makluman:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 dibuka penyertaannya. Kepada penulis yang berminat bolehlah mengambil tindakan segera untuk menghantar penyertaan kerana tarikh tutupnya pada 15 April 2014. Maklumat lanjut berkenaan kategori dan syarat penyertaan boleh klik pada iklan di bawah ini.


Borang penyertaan HSPM 2013


Rasanya ini bukanlah kali pertama saya membuat hebahan di blog saya berkaitan HSPM ini. Pada tahun lepas juga saya telah berkongsi pemenang HSPM 2012. Boleh rujuk entri di sini. Pada tahun lepas saya tidak menghantar penyertaan. Insya-Allah, pada tahun ini saya berhajat untuk menyertainya juga. Ada beberapa buah karya saya yang tersiar pada tahun lepas (2013) yang saya fikirkan sesuai untuk dinilai. 

Bagaimanapun, untuk kategori C: Buku Kanak-kanak dan Remaja, saya perlu tunggu pada tahun depan (2015) untuk mencalonkan Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya. Pada mulanya saya ingatkan buku ini boleh dicalonkan pada tahun ini kerana terbit pada Disember 2013. 

Namun, melihatkan pada halaman depan tertulis Cetakan Pertama 2014, maka mahu tidak mahu saya perlu menunggu tahun depan. Pada tahun lepas, kategori ini dimenangi oleh Rozninah Abd Azib menerusi Kumpulan Cerpen Remaja: Inspirasi Cinta.

Saya menjangka bagi kategori A dan C: kategori kumpulan cerpen, puisi, drama pasti akan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan berbanding tahun lepas kerana ekoran daripada kerancakan penerbitan buku daripada ITBM. Sama-samalah kita menunggu keputusannya diumumkan nanti. Saya menjangkakan sekitar November ataupun Disember 2014. 


12 ulasan:

  1. Aduh, saya baru tahu tentang peraduan ini. Berkemungkinan tidak sempat untuk menghantar karya.

    BalasPadam
  2. selemat menyertai bagi para peserta..

    BalasPadam
  3. lama tak singgah sini...baru berkesempatan..

    BalasPadam
  4. Tahniah bagi mereka yang menyertai!

    BalasPadam
  5. Good luck yang ingin mencuba...untuk cikgu jugak..

    BalasPadam
  6. Nampaknya saya masih belum layak untuk menyertai ini.Selamat berjaya cikgu!

    BalasPadam
  7. All the best cikgu Helmi... status cikgu Helmi waktu ini ibaratkan menunggu pokok yg sudah ditanam utk membuahkan hasil yg lebih baik. Mahu atau tidak, kita hanya perlu menunggu dgn doa & tawakkal kpdnya disamping menanam benih-benih pokok yg lain.. Semoga cikgu Helmi terus berjaya... aamiin.. :)

    BalasPadam
  8. Tahun ini jangan terlepas pula... Semoga cikgu berjaya!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78