Pengikut

Isnin, 27 Januari 2014

Ulasan Buku: Kumpulan Cerpen Bertema Remaja di Mingguan Malaysia


Pengarang: Mohd Helmi Ahmad
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Tebal: 156 halaman
Tahun terbit: 2013

Oleh: Wadiassofi Jaafar

KUMPULAN Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa menghimpunkan 15 cerita pendek hasil pertukangan kreatif penulis muda kelahiran Kedah, Mohd Helmi Ahmad. Cerpen-cerpen ini menafaskan jati diri remaja dan menunjang nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.

Ada antara cerpen yang dimuatkan dalam kumpulan ini pernah memenangi Hadiah Penghargaan Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) kategori cerpen remaja, seperti Bunga Telur Kenduri Kahwin (2010), Kuih Bakul Limau Mandarin (2011) dan Rombongan Masuk Jawi (2012). Dua cerpen lagi sekadar layak ke peringkat akhir HSKU iaitu Rancanganku Rancangan-Mu (2010) dan Piala Penentuan (2012). 

Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini digarap dengan baik dan sempurna bagi memberi satu kelainan kepada pembaca yang inginkan jalinan penceritaan yang menghiburkan. Watak-watak ditampilkan secara signifikan dan digarap dalam galur cerita yang berseni dengan penuh tanggungjawab. 

Mohd Helmi Ahmad bijak dalam menggarap hasil penulisannya dengan meletakkan kisah-kisah berbentuk motivasi dalam kumpulan cerpen ini. Nilai-nilai pengorbanan juga turut diselitkan di samping aspek-aspek kekeluargaan yang secara tidak langsung mampu menguatkan jalinan cerita yang ingin disampaikan. 

Penulis juga dilihat berupaya mengolah hasil penceritaan dengan menerapkan nilai-nilai cabaran di alam persekolahan melalui cerpennya. Gaya bahasa yang segar turut memperlihatkan kebijaksanaan penulis dalam merangkum jalinan cerita agar cerpen yang dihasilkan itu mampu menarik khalayak pembaca untuk memahaminya. 

Adat istiadat serta budaya Melayu yang menjadi persoalan dalam kumpulan cerpen ini turut diolah dengan begitu sempurna dalam usaha menarik minat pembaca untuk memahami setiap cerpen yang dihasilkan. 

Persoalan keagamaan juga turut digarap dengan baik dan diadun secara sempurna serta sesuai dengan remaja. Penulis juga bijak bermain kata-kata dengan penceritaan yang begitu menghiburkan melalui cerpen-cerpen yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam khalayak pembaca. 

Kredit foto dari ITBM

11 ulasan:

  1. Wah...mendapat review positif! Tahniah! Semoga sambutan juga bagus!
    Kagum dan bangga dengan anda.

    BalasPadam
  2. tahniah bro..pasti seluruh keluarga bro gembira dgn penerbitan buku ini..:)

    BalasPadam
  3. tahniah cikgu semoga terus menghasilakn karya bermutu...

    BalasPadam
  4. tahniah...semoga terus maju jaya..

    BalasPadam
  5. semoga budaya membaca ini dapat diteruskan. tahniah!!!

    BalasPadam
  6. hebat..tahniah helmi..

    BalasPadam
  7. Ternyata pengalaman tuan sebagai seorang cikgu digunakan sepenuhnya menggarap kisah segar tentang dunia remaja. Saya ucapkan tahniah. Moga terus beristiqomah dalam menyampaikan ilmu tak kira di blog mahupun media cetak.

    BalasPadam
  8. Tahniah cikgu Helmi.. semoga terus berjaya.. aamiin.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78