Pengikut

Ahad, 19 Januari 2014

Sasterawan Dr. Zurinah Hassan Penerima Darjah Setia Diraja Kedah

Tahniah, saya ucapkan kepada Dr. Zurinah Hassan atas pengurniaan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah Darul Aman ke-86 pada hari ini. Anugerah ini membawa gelaran Datuk. 

Zurinah Hassan merupakan salah seorang penyair Malaysia. Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sambilan, sebelum memutuskan bagi meletak jawatan untuk memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja. Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan peroslan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada tahun 1990-an. Zurinag turut menghasilkan sebuah buku Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi, penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

karya Zurinah Hassan-kredit foto dari Permata Hati


Hasil Karya: 

1. Sasterawan Negara Usman Awang: DBP, 2006
2. Salasilah: kumpulan puisi: DBP, 2005
3. Menjelang pemilihan: DBP, 2004
4. Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi: UKM, 2003
5. Pujangga Tidak Bernama : DBP, 1994
6. Oh, bulan! Oh, bintang!: Longman Malaysia, 1992
7. Meneruskan Perjalanan: DBP, 1987
8. Keberangkatan: DBP, 1985
9. Sesayup Jalan, Biro Penerbitan USM, 1974 (antologi sajak)
10. Di sini Tiada Perhentian, Pen. Pewarna, Kuala Lumpur, 1977 (antologi sajak)

Anugerah dan Pencapaian

Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia penulisan, telah banyak anugerah yang diterima. Antaranya:

1. Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Award) 2004
2. Hadiah Kategori Buku
i. Pujangga Tidak Bernama-Hadiah Sastera Perdana (1994/1995)
ii. Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Buku Perpustakaan Negara (2002/2004)
iii. Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Sastera Perdana (2002/203)
3. Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran) Hadiah sastera Perdana
4. Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Cerpen Berunsur Islam Jabatan Perdana Menteri 1984
5. Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984

Buku Terkini

Buku terkini yang dihasilkan beliau ialah Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan, ITBM 2013. Karya beliau juga diterjemahkan ke bahasa lain seperti Menghadap ke Pelabuhan yang diterjemahkan ke Bahasa Russia.

Datuk Dr. Zurinah Hassan juga boleh diikuti melalui blognya "Interpretasi"

Nota: Moga penganugerahan ini dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa penulis juga berperanan besar dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Selepas ini diharapkan, lebih banyak penulis yang diiktiraf dan dianugerahkan dalam sambutan ulang tahun keputeraan begini. 

Sumber rujukan: Wikipedia Bahasa Melayu

9 ulasan:

  1. baru fizi kenal..sebelum nie x..apa pun tahniah kepada beliau diatas penerimaan darjah itu.. :)

    BalasPadam
  2. tahniah Dr Zurinah..

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada beliau.. pernah mendengar namanya tp baru kini melihat orangnya.. t kasih diatas perkongsian cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  4. tahniah diucapkan kepada dr zurinah hassan di atas pencapaian itu..

    BalasPadam
  5. Realiti sekarang... sasterawan memang amat jarang orang pandang...mendapat anugerah terbesar macam ni pun jarang.... yang orang nampak hanya dunia artis2 jer...

    BalasPadam
  6. Salam kepada semua. Benar spe kata Ida Scripters, Penghargaan ini memang jarang diberikan kpd sasterawan, biasanya kita mendengar artis yang disanjung. Tapi Alhamdulillah, kerajaan Kedah tidaklah sewenang-wenang menabur bintang ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78