Pengikut

Isnin, 20 Januari 2014

Rahsia Tingkatkan Pageviews Satu Bulan 100,000 Pageviews



Alhamdulillah, meningkat satu takah lagi. Bulan lepas, pada 17 Disember 2013, saya ada kongsikan pageviews terkini (klik di sini). Hari ini lebih kurang satu bulan tiga hari begitu, pageviews Tetamu Istimewa sudah mencecah 300,000

Saya fikir, tahap pencapaian ini bolehlah dibanggakan jika hendak dibandingkan dengan pageviews blogger hebat yang lain. Sememangnya, memang sukar hendak melihat pageviews mendadak meningkat memandangkan tiada isu panas, sensasi, gosip yang dikongsikan di blog ini. 

Tetamu Istimewa sekadar berkongsi cerita dan berita tentang pendidikan, bahasa, sastera dan sesekali isu semasa dan kehidupan seharian. Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang singgah di sini. 

Rahsia Tingkatkan Pageviews

Rasanya tiada apalah rahsia sangat yang hendak dikongsikan berkenaan untuk tingkatkan pageviews. Malah, belum layak untuk saya berbuat demikian. Namun begitu, tidak salah untuk saya kongsikan apa yang saya buat. 

1. Cuba kekalkan menerbitkan entri (setakat ini 2-3) dalam satu hari.
2. Blogwalking (maaf, sekarang ni sibuk sikit)
3. Terbitkan entri yang berpotensi dicari pembaca. 

Jenis Entri

1. Jika mahukan entri yang sentiasa kekal menyumbang trafik-tulis entri seperti blog Relaks Minda (siri kreativiti).
2. Jika mahu entri yang mendadak meningkat trafik tulis entri tentang isu semasa seperti Blog Santai ataupun Cerita Ida (isu kangkong boleh ke?)
3. Ataupun entri semakan (seperti yang saya lakukan sekarang ini-tetapi ia akan berhenti setelah tempohnya tamat).
4. Tonton Online seperti blog Aswan Azmy ataupun Cik Akak.

Saya yakin, masing-masing ada caranya sendiri. Apa yang penting, keseronokan dan kepuasan dalam dunia blogging. 

Nota: Blogpsot nampaknya masih belum stabil. Masih terdapat beberapa gangguan antaranya, scrooll komen pop up dan senarai bloglist yang tidak boleh di "tunjukkan semua".

20 ulasan:

  1. tips yg berguna.. tahniah banyak pageview tu

    BalasPadam
  2. BW tu apa ntah?? apa ? apa? apa?? hah? :/

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu..Banyak dah tu!!!...Nway updates entry setiap hari memang penting coz nak maintain pembaca setia dan juga nak attract pembaca terbaru...cuma kena usaha lebih sikit coz kita semua kan part time bloggers..so kena pandai cari masa untuk updates Blog...

    BalasPadam
  4. menarik tip ini bro..masing punya cara utk tarik pembaca dtg ke blog :) boleh diaplikasikan tip ini..

    BalasPadam
  5. tahniah cikgu, perkembangan yang sangat baik tu. Tips yang terbaik juga. Berblogwalking, maaf. saya pun terlalu busy sekarang ni. Nak cuba kekalkan momentun menulis pun dah makin kurang. btw, tahniah dan terbaiklah cikgu =)

    BalasPadam
  6. cik akak buat apa yang sepatutnya cikgu..hihi...
    biasa jarang letak citer kalau tak minat...hahaha

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah perkongsian yang best..memberi manfaat pada semua..

    BalasPadam
  8. Cikgu memang bijak...cepat sekali menangkap dan mempraktikkan kemahiran blogging serta kelebihan diri. Bangga dan Tahniah!...semoga anda terus bersemangat untuk berkongsi ilmu serta informasi.

    BalasPadam
  9. good info.....sudah follow blog ini..tq

    BalasPadam
  10. bagus perkongsian ini helmi.. kalau bab gosip atau tonton filem online tu akak tak minat.. akak tulis apa yang akak suka sahaja.. mungkin kena ubah juga cara untuk tingkatkan page view..

    BalasPadam
  11. Tahniah cik gu...moga terus maju..

    BalasPadam
  12. wah, tahniah!
    cam saya tak kisah sangat pasal pageview ni
    lantaklah!

    saya lebih nak bercerita pasal anak-anak
    saya bukan retis, siapa nak baca...hehe =)

    BalasPadam
  13. Tahniah Cikgu!. Blog cikgu memang menarik. Masing2 punyai bidang masing...

    BalasPadam
  14. tahniah helmi..terbaik..

    BalasPadam
  15. Tahniah cikgu Helmi.. semoga terus berjaya.. aamiin...

    BalasPadam
  16. Tahniah atas kegigihan cikgu! Semakin bersemangat cikgu sekarang. Teruskan usaha. Perkongsian berguna pasti bermanfaat buat para pembaca. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78