Pengikut

Isnin, 20 Januari 2014

Permohonan Online UPU SPM/STPM ke IPTA Sesi 2014/2015

Assalamualaikum semua. 



Permohonan online kemasukan ke IPTA Sesi 2014/2015 lepasan SPM dan STPM dibuka. Kepada calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan mulai jam 12.00 tengah hari ini di pautan di bawah.


Sebelum itu, baca syarat permohonan terlebih dahulu.

Program Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Am Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM. 
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera: 
  • Semua program di UITM, program Asasi UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja. 
  • Semua program Asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UteM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera. 
Program Lepasan STPM/Setaraf


Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:Gred C (NGMP 2.00) dalam 
  • mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

26 ulasan:

  1. daftar jangan tak daftar, semoga mereka berjaya terpilih.

    BalasPadam
  2. Memudahkan.. semoga membantu kpd mereka yg layak..

    BalasPadam
  3. blh beritahu adik acik nie.. dia baru nak mohon

    BalasPadam
  4. Selamat berjaya untuk adik-adik semua!!!

    BalasPadam
  5. Rebutlah peluang yg masih terbuka ini... semoga berjaya buat semua pemohon

    BalasPadam
  6. sangat bermanfaat perkongsian ini kepada mereka yang berkenaan..

    BalasPadam
  7. Semakin mudah sekarang ni... informasi hanya dihujung jari ;)

    BalasPadam
  8. sy nak tnya mcm mana nak tgk balik apa yang kita dh isi borng upu tu

    BalasPadam
  9. Nk tny, klo dpt (4) kepujian jea dlm SPM, ada kemungkinan blh masuk IPTA/ STPM?

    BalasPadam
  10. saya dapat stpm 2.58 .adakah cukup2 makan je ? agak2 ade suggestion x nk apply kat mne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolah saya tahu adik ni dari aliran Sastera ataupun Sains? Saya tidak berani untuk mengatakan ya, ataupun tidak. Dari pengalaman rakan saya dahulu keputusan seperti ini sudah melayakkan adik untuk mendapat tawaran di IPTA. Cuba dahulu. Boleh juga rujuk dengan kaunselor di sekolah. Jika boleh, ikut minat dan kelayakan syarat sebelum memohon apa jua pengajian.

      Padam
  11. saya nak tanya , saya belum cetak borang permohonan upu..macam mana ?? tarikh ada cakp seminggu lepas tarikh tutup permohonan boleh cetak,, bila cek balik tak ada pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon xcetak lagi .. kalau ade link tolong share T.T

      Padam
  12. saya xcetak lagi .. sesiapa ada link tolong share T.T

    BalasPadam
  13. saya pon tak cetak lagi. sy tk ingat corurse ap yg sy pilih. boleh bg jwpn ASAP?

    BalasPadam
  14. saya pon tak cetak lagi. saya tk ingat course ap yg sy apply. hrp beri jwpn scpat mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ingat? huhuhu... sebab tu dia suruh cetak sebagai rujukan.

      Padam
  15. wajib cetak ke? harap2 tak wajib . sbb sy p0n tak print pape

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak wajib. Tapi sebagari rujukan lebih baik cetak.

      Padam
  16. tolong bg link or cara nk cetak utk rujuk ap yg sye mohon

    BalasPadam
  17. saya pon tak cetak lagi. saya tk ingat course ap yg sy apply. ada link tolong share ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya kurang pasti sama ada link untuk mencetak permohonan itu masih dibuka ataupun tidak. Rasanya setelah permohonan ditutup pemohon sudah tidak boleh membuka lagi ruangan permohonan tersebut.

      Jika ada maklumat terkini nanti akan saya kongsikan ya.

      Padam
  18. salam nak tanya... sy lepasan diploma 2013 bulan 7.... skrg nk smbnung degree,,,, tp xde muet lg... boleh ke>??? atau kiter boleh apply then klu diterima amek muet di ipta yng terima kiter tu ??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78