Pengikut

Selasa, 21 Januari 2014

Demi Gelaran ke -10 Terbuka Malaysia Lee Choong Wei Sanggup Tinggalkan Keluarga?


kredit foto dari ceritasemasa.com
Sememangnya saya amat mengagumi semangat Datuk Lee Choong Wei dalam sukan badminton. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya gara-gara gagal merangkul pingat Emas Sukan Olimpik dan Kejohonan Dunia lepas, beliau tetap tampil sebagai seorang pemain profesional.

Saya tetap mengiktiraf bahawa Datuk Lee Choong Wei masih pemain terbaik perseorangan yang pernah Malaysia lahirkan. Malah belum ada pemain muda yang mampu menandinginya. 


Gelaran Terbuka Malaysia ke-10

Baru-baru ini, Datuk Lee Choong Wei sekali lagi membuktikan bahawa beliau masih berada pada kelas tersendiri setelah merangkul gelaran Terbuka Malaysia ke-10. 

Sejurus selepas meraih gelaran itu, beliau melontarkan hasrat untuk "gantung riket" seandainya prestasinya tidak baik menjelang akhir tahun. Di sebalik pendedahan itu, masih ramai yang mengharap Lee Choong Wei menimbang semula hasratnya itu sehingga Malaysia mempunyai pemain yang betul-betul mampu menggantikannya.  

kredit foto dari sportnewsmalaysia
Pendedahan Datuk Lee Choong Wei

Satu perkara lagi yang didedahkannya, beliau terpaksa tinggalkan keluarganya demi gelaran Terbuka Malaysia dengan menyuruh isterinya (Woong Mew Choo) dan anaknya tinggal di rumah mertuanya sepanjang Terbuka Malaysia kerana beliau mahu bersendirian. 

Pengorbanan yang disifatkan "menguris" hati isterinya itu patut dihargai oleh rakyat Malaysia.


BAM harus cari pengganti

Lantaran itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seharusnya berada dalam keadaan bimbang kerana mereka harus cepat mencari dan melatih pemain yang boleh menggantikan Datuk Lee Choong Wei. 

14 ulasan:

  1. Lama kelamaan Datuk LCW akan bersara dari dunia badminton..panggantinya perlu bersiap sedia..tak Mungkin ada pengganti tapi boleh lakukan sehabis baik..

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan pendapat cikgu tentang belum
    ada pemain muda yang boleh menandingi beliau
    dia sudah berusia untuk terus menjadi ayam tambatan BAM

    BalasPadam
  3. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita bagi DLCW rehat... dah banyak dia korbankan untuk negara termasuk keluarganya... BAM harus mencari pengganti beliau secepat mungkin... Kesian DLCW.. Harapan terlalu tinggi diletakkan dibahunya...

    BalasPadam
  4. rehat le, cari penganti... kesian dia..

    BalasPadam
  5. hmm...dah letik datuk LCW..

    BalasPadam
  6. lama-kelamaan Dtuk LCW akan kepenatan juga makan BAM mesti latih pemain yang lain agar hebat seperti LCW.

    BalasPadam
  7. cik akak pun paling suka tengok datuk lee chong wei main badminton nie..hihi...memang terbaik :)

    BalasPadam
  8. LCW sudah tidak punya banyak masa...dia tetap mencuba selagi terdaya. Pengganti...Ya, itulah yg sepatutnya sudah ada...tapi...entahlah, bilakah agaknya akan menjelma?

    BalasPadam
  9. moga LCW ada pengganti slps nie...

    BalasPadam
  10. Nasibnya baik kerana isterinya adalah sealiran dengannya... memudahkan kerja...
    WMC mesti sudah faham akan apa yang dirasakan/diperlukan oleh Datuk LCW...

    BalasPadam
  11. Harap msykt faham lah.. jngnlah bila berjaya semua nak dpt nama tp bila kalah beliau sorng je dikutuk.. ingatlah jasanya walaupun diwaktu sukar.. bukan senang nk berkorban mcm tu.. nak memahamkan isteri & seluruh keluarga lagi huh...

    BalasPadam
  12. bagilah lee choong wei berehat kerana dia telah lama bertungkus lumus untuk harumkan nama malaysia.. seharusnya ada pemain pelapis yang sedia menggantikan beliau..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78