Pengikut

Jumaat, 10 Januari 2014

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Persekolahan 2014 Sempena Tahun Baharu Cina

Assalamualaikum semua. 

Hari ini sebelum ke sekolah petang ini sempena Perjumpaan dan Taklimat Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6, saya ingin berkongsi satu lagi info berkenaan persekolahan. Sudah tentu ibu bapa dan murid-murid ternanti-nanti bagaimana dengan cuti sempena Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelma. 

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sempena Tahun Baharu Cina nanti, telah diselaraskan cuti peristiwa dan cuti berganti bagi sekolah dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Namun begitu, pihak sekolah perlu menghantar permohonan terlebih dahulu sebelum diluluskan. 

Untuk makluman juga, tidak semua sekolah yang mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti ini. Maka, jika sekolah yang tidak memohon untuk cuti berganti yang diselaraskan, sekolah tersebut tidak perlu menggantikan hari persekolahan. Dan, satu lagi jika sekolah tersebut juga tidak memohon cuti peristiwa, maka cuti peristiwa itu boleh digunapakai untuk cuti Hari Raya nanti. 

Selalunya, sekolah yang mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Tahun Baharu Cina ini, sekolah SJK (C) dan Sekolah Kebangsaan yang mempunyai murid dan guru Cina yang banyak. 

Sebagai rujukan, saya lampirkan lampiran cadangan cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Tahun Baharu Cina yang disertakan sekali bersama pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.


Selamat bercuti kepada sekolah yang memohon. Nampak gayanya, sekolah saya akan bersekolah seperti biasa.

11 ulasan:

  1. Informasi yang bagus untuk ibu2 bagi memantau hari/waktu persekolahan anak.

    BalasPadam
  2. sekolah cik akak dah mohon dah cikgu...hihi...

    BalasPadam
  3. hi awak,

    datang dari segmen mak dara...

    BalasPadam
  4. Assalam
    Terima kasih ya Cikgu. Sudi berkongsi infonya. Selamat mengajar .

    BalasPadam
  5. Saya sudah memasuki musim penggantian hari kuliah, mulai esok, minggu hadapan dan dua minggu akan datang. Kemudian, terus memulakan sesi praktikum. Oh, hujung minggu yang bermanfaat!

    BalasPadam
  6. nice info terkini, boleh tanya anak sekolah dia ada amik tak cuti nie....

    BalasPadam
  7. Alahai... cuti-cuti ni kalau lebih-lebih bagi kesan juga. Hehe. Momentum jadi rendah sikit apabila nak mula semula.

    BalasPadam
  8. sekolah kat pontian pun macam biasa je. huhu

    BalasPadam
  9. tak tau la macam ne nanti..huhuhu..

    BalasPadam
  10. dah lama akak tak ikuti cuti persekolahan ni.. anak pun takde lagi.. hehe..

    BalasPadam
  11. T kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78