Assalamualaikum semua.
Selamat berhujung minggu kepada semua yang mempunyai masa terluang. Saya kira, bagi guru-guru belum ada masa untuk berhujung minggu. Pada awal tahun, minggu pertama dan kedua sudah semestinya sibuk membuat persiapan seperti mengemaskini fail, sistem dan persediaan PdP. 
Seperti yang sedia maklum, pada tahun 2014, mata pelajaran Sejarah diperkenalkan kepada Tahun 4. Jadi, sudah pastilah guru-guru yang mengajar Tahun 4, sibuk menyediakan Rancangan Tahunan KSSR Tahun 4. Begitu juga dengan mata pelajaran lain yang mana guru perlu menyediakan RPT. 
Di sini saya ingin berkongsi Rancangan Pelajaran Tahunan Sejarah KSSR Tahun 4 2014 yang disediakan oleh guru di sekolah saya. Tetapi, RPT ini sekadar contoh dan saya akan perturunkan untuk minggu pertama, kedua dan ketiga sahaja memandangkan terlalu panjang.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN SEJARAH KSSR TAHUN 4 2014
| 
MINGGU | 
TAJUK | 
STANDARD KANDUNGAN | 
STANDARD PEMBELAJARAN | 
CATATAN | 
| 
1A | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami 
pengertian  
  sejarah.  | 
1.1.1      
  Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah  
K 1.1.8   
  Menyatakan
  kehidupan masyarakat masa lalu dan kesinambungannya dengan masa kini  | |
| 
1B | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami  
pengertian  
  sejarah.  | 
1.1.2      
  Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan kronologi.  
K.1.1.7   
  Menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan seharian.  | |
| 
2A | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami pengertian   sejarah.  | 
1.1.3      
  Mengenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa. 
K 1.1.8   
  Menyatakan
  kehidupan masyarakat masa lalu dan kesinambungannya dengan masa kini  | |
| 
2B | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami pengertian   sejarah.  | 
1.1.3     
  Mengenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa. 
K 1.1.8  Menyatakan kehidupan masyarakat masa
  lalu dan kesinambungannya dengan masa kini  | |
| 
3A | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami pengertian    sejarah.  | 
1.1.4   
  Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat
  bersejarah  
K.1.1.9 Menjelaskan kepentingan menghargai
  warisan bangsa bagi melahirkan jati diri | |
| 
3B | 
TAJUK 1: 
  MARI BELAJAR SEJARAH  | 
1.1 Mengetahui dan memahami pengertian   sejarah.  | 
1.1.4   
  Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat
  bersejarah  
K.1.1.9 Menjelaskan kepentingan menghargai
  warisan bangsa bagi melahirkan jati diri | 

 
 
Eloklah sejarah kini dah menjadi subjek wajib. Mari belajar sejarah! :)
BalasPadamAssalam
BalasPadamSejarah bagus .
terbaik
BalasPadamDekat sekolah dulu saya plg 'hebat' sejarah. Hebat tu dalam erti kata lain, saya suka belajar sejarah dari geografi. Geo pening kepala, sejarah fuhhh dalam kepala. Hehehe, tapi lama sgt dah tinggalkan zaman sekolah ni
BalasPadamT kasih diatas perkongsian.. mmg sejarah ni baru utk drjh 4...
BalasPadamsejarah perlu diajar sejak masih kecil.. perkongsian yang baik.
BalasPadamye..masa danial terima buku teks nyer untuk tahun 4,terkejut juga ada subjek sejarah,sebab abg kakaknya takda belajar sejarah tahun4..
BalasPadam