Pengikut

Sabtu, 16 November 2013

Pemenang HSKU ExxonMobil 2012

Assalamualaikum semua. Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. 
Alhamdulillah, majlis penyampaian HSKU ExxonMobil 2012 semalam berlangsung dengan lancar. Entri ini saya ingin berkongsi senarai pemenangnya.



Pemenang Kategori Novel Remaja
1. dalam getar waktu - Ruhaini Matdarin
2. kotak - Ruhaini Matdarin
3. pelangi jingga - Hartini Hamzah

Pemenang Kategori Kajian Sastera
Falsafah Estetik-Logikal dalam Puisi SM Zakir, Arbak Othman - Pemikir

Pemenang Kategori Rencana Sastera
Estetik dalam Karya Sastera, Aminudin Mansor - Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Puisi
Hadiah Utama
1. Banjaran Alps, Ramlan Abdul Wahab - Mingguan Malaysia
2. Benarkah Matahari Tersangat Pijar, Mohd Rosli Nik Mat (Rosli K.Matari) - Mingguan Malaysia
3. Cereka Penumpang Sejarah, Nik Azri Nik Mohamed Arriff (Tuah Sujana) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Akar dan Pucuk, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Mingguan Malaysia
2. Debu, Norhisham Mustaffa - Mingguan Malaysia
3. Diari Berdarah, Ahmad Shukri Abdullah - Mingguan Malaysia
4. Kantata Malam Mahrajan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia
5. Ke Negeri Senyap, Rami Selamat (Marsli N.O) - Mingguan Malaysia
6. Suara yang Kutanam, Shukri Mohd Ali - Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Cerpen
Hadiah Utama
1. Menujum Bintang Tujuh, Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) - Mingguan Malaysia
2. Protes Kari, Kepoh Ferrari, Mohd Fudzail Mohd Nor (Fudzail) - Mingguan Malaysia
3. Rostrum Alfalfa, Norshah Aizat Shuaib (Shahkang) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Antara Tikungan yang Aneh, Mawar Safei - Mingguan Malaysia
2. Dari Introspektif Mandiri, Mohd Fadzil Yusof - Mingguan Malaysia
3. Itanimulli, Mohd Fudzail Mohd Nor - Mingguan Malaysia
4. Kanibal Hutan Seberang, Ahmad Muzaffar Baharudin (Muzaf Ahmad) - Mingguan Malaysia
5. Nenek Facebook, Ummi Hani Abu Hassan - Mingguan Malaysia
6. O, di mana Radenku, Mohamed Ghozali Hj Abdul Rashid (Malim Ghozali P.K) - Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Cerpen Remaja
Hadiah Utama
1. Marga Ranah Rusuhan, Mohd Fathul Khair Mohd Dahlan - Mingguan Malaysia
2. Menyuluh Kehidupan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia
3. Sekolah Hidup, Amin Minhad (Aminhad) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Bukan Yatim Gaza, Syafiq Zulakifli - Mingguan Malaysia
2. Deritanya Bukan Kepalang, Nursyuhada Salleh - Mingguan Malaysia
3. Laut Kehidupan, Norfatihah Syed Ali - Mingguan Malaysia
4. Perginya Sang Pejuang, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Utusan Melayu Mingguan
5. Rombongan Masuk Jawi, Mohd Helmi Ahmad - Utusan Melayu Mingguan
6. Sejujur Manggis, Muhammad Aminul Khalil Zaini (Khalil Zaini) - Utusan Melayu Mingguan

Nota: Sekiranya ada sesiapa yang hendak berkongsi senarai pemenang ini di blog mereka sila buat pautan ke entri ini atau sekurang-kurangnya letakkan kredit yang senarai itu dikutip daripada blog saya. Bukannya menyalin tampal atau "copy paste" di blog anda yang seolah-olah anda yang menulis dari awal hingga akhir. 

29 ulasan:

  1. hi hi hi. tahniah dapat hadiah penghargaan. teruskan berkarya.

    BalasPadam
  2. tahniah helmi pun menang kategori cerpen remaja.. semoga terus bersemangat untuk menulis..

    BalasPadam
  3. tahniah..tajuk cerpen pun mengujakan. dari pengalaman masuk jawi ya...

    BalasPadam
  4. Tahniah untuk cerpen rombongan masuk jawi. Buatlah entry nak juga baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri tentang apa tu? Jika cerpen tersebut nantikan kemunculan kumpulan cerpen remaja saya ya. Dah siap.

      Padam
  5. Tahniah cikgu... namamu terukir juga di sana..

    BalasPadam
  6. ya Allah...tuan hadir ke semalam??? saya cari juga kelibat tuan...tak perasan. teringin nak bersua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum tu saya nak minta maaf sebab tak dapat nak jawab pertanyaan saudara sebelum ni tentang kemenangan pada malam semalam sebab saya belum buat entri tentang majlis ini. Maksudnya masih dalam kerahsiaan.

      Ya, saya datang. Rasanya saya berada di meja belakang saudara saja. Saya nampak kelibat saudara. Mungkin belum ada rezeki untuk bersua. Insya-Allah, di lain masa ya.

      Padam
    2. saya faham tentang rahsia itu ;) tapi saya dapat rasa tuan akan hadir menerima anugerah! :D semalam sebenarnya saya cari tuan. perasan tak banyak kali saya toleh kebelakang kiri dan kanan. hehe. tapi nak buat macam mana tak ada rezeki. inshaAllah lain kali :)

      Padam
  7. Tahniah diatas kemenangan cerpen remaja, semoga cikgu Helmi terus berjaya... aamiin.

    BalasPadam
  8. Sdr Helmi
    Tahniah dan terus menulis yang lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dr. Mawar. Insya-Allah, saya akan terus meningkatkan mutu karya yang dihasilkan dari masa ke masa.

      Padam
  9. tahniah saudara untuk kemenangan bergaya ini :)

    BalasPadam
  10. tahniah buat helmi..ada juga tersenarai..

    BalasPadam
  11. Tahniah Abang Helmi. Tahun ketiga peroleh anugerah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fathul. Tahniah juga kepada Fathul yang menang hadiah utama. Alhamdulillah.

      Padam
  12. Seronoknya lihat kemenangan semua. Nama-nama penulis yang cukup hebat.

    Tahniah cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka memang penulis yang hebat. Terasa kerdil diri ini berada dalam kalangan mereka.

      Terima kasih.

      Padam
  13. Sdr. Helmi,
    Alhamdulillah. Sekalung tahniah. Teruskan berkarya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan rezeki kepada saya dalam dunia penulisan ni. Terima kasih Dr. yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Masih jauh perjalanan saya dalam kembara sastera ni. Saya turut mendoakan kejayaan Dr.

      Padam
  14. Saya sudah jatuh cinta dengan penulisan SM Zakir. Apabila melihat cerpennya

    1. Menujum Bintang Tujuh, Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) - Mingguan Malaysia

    sememangnya seperti yang saya agak.

    Saya dahulu tidak kenal dan ambil tahu pun siapa penulis cerpen sehinggalah saya sendiri yang merangkak menceburi genre ini.

    Cerpen beliau itu saya terbaca kala makan nasi lemak di waktu sarapan. Ia menjadi pembalut kertas. Sedih kerana hanya dapat membacanya separuh sahaja.

    Apapun, saya ucapkan tahniah kepada Tuan. Sama-sama kita memartabatkan bahasa Melayu di dunia realiti dan alam maya ini.

    p/s: jarang lihat penulis cerpen mapan berkelana di alam maya.

    BalasPadam
  15. Tahniah Helmi. Maaf, ucapan yang terlewat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78