Pengikut

Selasa, 12 November 2013

Cerpen: Melakar Cinta di Dada Watan di Pelita Bahasa

MELAKAR CINTA DI DADA WATAN merupakan cerpen keempat saya di bulan November 2013. Sebelum ini cerpen Sepotong Fikiran daripada Sebiji Bola disiarkan di Fokus SPM, Sayur Keladi di Atas Bukit disiarkan di BH Ahad dan Lingkaran Iman disiarkan di Jelita. 

Sukar juga hendak menembusi tembok kebal majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, usaha haruslah dilipatgandakan. Jangan mudah mengalah hanya dek penolakan karya pertama. Sebaliknya, terus menghasilkan karya yang lebih bermutu. 



Sebenarnya cerpen ini telah lama saya hantar iaitu sekitar awal tahun. Namun kata editor yang menghubungi saya untuk sedikit perbincangan tentang kandungan cerpen ini memberitahu bahawa cerpen ini terpaksa "diperam" dahulu kerana menanti keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia tentang isu novel Interlok. Kepada yang mengikuti kes ini pasti mengetahuinya.

Setelah selesai dan keputusannya telah dicapai, barulah cerpen ini dapat disiarkan. Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada editor yang memilih cerpen ini. Saya turut memuji cara kerja editor Pelita Bahasa yang menghormati hak penulis terhadap karyanya. 

Kepada yang berminat untuk membaca cerpen ini sudilah kiranya membeli majalah Pelita Bahasa, November 2013 yang berharga RM4.50. Boleh semak kandungan Pelita Bahasa November 2013 di sini: PELITA BAHASA



17 ulasan:

  1. tahniah ye helmi...

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu..semoga terus berkarya..

    BalasPadam
  3. Karya2 cikgu semakin mendapat tempat nampaknya...Tahniah!

    BalasPadam
  4. alhamdulilah ,karya cikgu semakin mendapat perhatian ..teruskan berkarya

    BalasPadam
  5. Tiada kata lain yang selayaknya cikgu terima melainkan..

    TAHNIAH! :)

    BalasPadam
  6. cikgu helmi semakin mendapat tempat :D tahniah !

    BalasPadam
  7. nak menulis ni tak mudah.. idea mesti maw ada..=)

    BalasPadam
  8. Tahniah cikgu, ida tumpang bangga bila satu demi satu karya cikgu mendapat tempat di media2 tempatan.

    BalasPadam
  9. Tahniah buat saudara Helmi. Bukan senang hendak menembusi majalah DBP.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78