Pengikut

Selasa, 26 November 2013

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa

RM 20.0

Judul: Tetamu Istimewa
Harga: RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 156
Terbitan: Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)
Penulis: Mohd Helmi Ahmad

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi setelah terbitnya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa yang juga buku pertama saya. Saya mengharapkan sokongan daripada kalian untuk memiliki buku ini. Di sini saya petik rangsang sari buku ini daripada laman ITBM.

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa menghimpunkan 15 cerita pendek hasil pertukangan kreatif penulis muda berbakat kelahiran Kedah, Mohd Helmi Ahmad. 
Cerpen-cerpen di dalam kumpulan ini menafaskan jati diri remaja dan menunjang nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
Watak-watak ditampilkan secara signifikan dan digarap dalam galur cerita yang berseni dengan penuh tanggungjawab. Kisah-kisah motivasi, pengorbanan, kekeluargaan, cabaran alam persekolahan, adat istiadat dan budaya Melayu malah juga persoalan keagamaan diadun cermat dan sesuai dengan penaakulan remaja. 
Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit. 
"Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggu lagi."
Saya masih belum terima buku ini daripada ITBM dan belum juga ada stok di tangan saya. Bagaimanapun, buku ini sudah boleh dibeli di Laman ITBM. Klik di sini jika berminat untuk membeli: Tetamu Istimewa.

40 ulasan:

  1. Wah,tahniah Cikgu.Muka depan buku pun
    nampak klasik sangat..Mesti nak beli ini nanti..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Alhamdulillah, ini semua rekaan ITBM.

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Tuan Kahiruddin. Jika berminat sudilah beli dan baca.

      Padam
  3. wak cikgu..tahniah tau...hihi...
    teruja pula cik akak tengok buku cikgu nie..hihi

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Khir. Bolehlah beli untuk bacaan keluarga. Sesuai juga untuk anak-anak.

      Padam
  5. cikgu helmi (saya tengok ramai yang panggil saudara cikgu), saya cuba klik pada pautan ITBM tu untuk membeli secara atas talian tp x blh la..blh saya tau di mana boleh saya beli buku ni?teruja nak membacanya.tahniah ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas keterujaannya. Boleh klik pautan yang saya buat itu "Tetamu Istimewa". JIka tidak boleh juga pergi ke laman ITBM. Pasti ada katalog jualannya. Di laman ITBM memang cepat boleh dibeli. Di kedai lambat sikit. Rasanya kedai yang menjual buku ITBM seperti Kedai Buku 1Malaysia, MPH ada sesetangah saja.

      Padam
  6. Kalau kedai macam Muda Osman ada jual tak buku ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai Muda Osman saya tak pasti pula. Boleh cuba pergi cari.

      Padam
  7. Tahniah cikgu.... ida dah pesan sebentar tadi melalui ITBM... tak sabar menanti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih Ida atas sokongan yang diberikan. Moga bermanfaat cerpen yang dibaca ya.

      Padam
  8. nak beli untuk bacaan kami anak beranak..

    BalasPadam
  9. alhamdulilah akhirnya tahniah cikgu :)

    BalasPadam
  10. follback was done, indonesia hadir bertamu salam ukhuwah :) boleh juga tuh cerpen2nya ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi memenuhi undangan saya. Salam ukhwah dari blogger Malaysia.

      Padam
  11. nampak buku yang mnarik..
    folback here

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ya, buku kumpulan cerpen perseorangan saya.

      Padam
  12. Assalamu'alaikum...
    tahniah cikgu...
    moge makin sukses

    saye follower 757 pada blog ini,terimakasih
    salam

    BalasPadam
  13. Salam en helmi....hihi berencik lak...thanks sudi singgah blog kite yg tak seberapa..
    bw mlm smbl pollow #754

    BalasPadam
  14. salam ...firda datang dan follow sini balik.. wah! penulis yang hebat, terasa segan lah pulak... I will learn more from this blog and akan visit you always...:)

    BalasPadam
  15. Assalam
    Sungguh berseni gambar kulitnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, ya gambar kulitnya penuh dengan makna tersirat.

      Padam
  16. Tahniah cikgu. Nampak gayanya, buku ini menjadi salah satu 'wajib beli' semasa PBAKL nanti. Tak sabar nak dapatkan satu! :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78