Pengikut

Jumaat, 25 Oktober 2013

SAPS Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Selamat petang semua. Mungkin pada ketika ini ada yang sedang tekun mendengar pembentangan Belanjawan 2014. 



Peperiksaan Akhir Tahun 2013 telah selamat dijalankan. Kini, guru sibuk menanda kertas jawapan. Dan, bagi guru yang telah berjaya melaksanakannya akan melakukan proses memasukkan markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) pula. 

Alhamdulillah, saya telah berjaya memasukkan markah Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman bagi Tahun 4 Dedikasi dan 4 Tekun. Begitu juga dengan markah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 Dedikasi, 4 Amanah, 6 Cekal dan 6 Tekun. Yang masih bertanda pangkah merah itu belum dimasukkan iaitu mata pelajaran Kajian Tempatan. Tarikh akhir yang diberikan untuk mengisi markah pada 29 Oktober 2013.

Nota: Lepas ni bolehlah menerjah ke blog kalian semua secara berperingkat-peringkat. Jangan lupa buka pintu ya. Tetamu Istimewa nak datang. Insya-Allah, saya juga akan cuba membalas komen kalian.



32 ulasan:

  1. alhamdulilah.. semoga di permudahkan urusan ye

    BalasPadam
  2. Seorang cikgu ke? Bagusnya! Harap semuanya berjalan dgn lancar. Amin :)

    BalasPadam
  3. hehehe.. nak tau x.. bende ni lah yang fiza hadap.. tolong mak siapkan saps dia... leceh gak kadang2.. kadang2 server down.. hahahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, begitu. Jadi, mesti tahukan bagaimana prosesnya dan tekanannya.

      Padam
  4. Selamat berjaya cikgu! Gigih cikgu ni. Serba boleh.

    BalasPadam
  5. Kerja yang penting jangan ditangguhkan.. Dah siap kerja bolehlah blogwalking.. Happy blogging Cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pasti Kak Erin, kerja ni ada tarikh tutupnya. Kena segera. Ok, nanti saya singgah blog Kak Erin ya.

      Padam
  6. Gud luck dan semoga sukses cikgu. Pintu blog ida sentiasa terbuka buat cikgu dan rakan2 yang lain ;)

    BalasPadam
  7. tgas yang berat sebagai seorang guru nie. gud luck ea. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Itu semua sebagai tanggungjawab dan cabaran yang perlu ditempuhi dengan sabar.

      Padam
  8. guru ibarat lilin..

    BalasPadam
  9. salam kejayaan sebagai guru..jangan lupa terjah blog saya...saya menunggu kedatangan anda.

    BalasPadam
  10. Sekarang ni markah pelajar boleh di lihat secara online ke?

    BalasPadam
  11. semoga urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah la semuanya dah siap..macam mana markah anak-anak murid cikgu, peratus markah diorang meningkat tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, hampir siap. Oh, ada yang turun naik Fais.

      Padam
  13. Semoga dipermudahkan segala ururan & berjaya ye cikgu.. amin.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah....tak lama lagi cuti sekolah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78