Pengikut

Isnin, 19 Ogos 2013

Tema-tema Perayaan Hari Guru

Tatkala saya membelek buku rekod mengajar ataupun Rancangan Pelajaran Harian, untuk menyiapkan RPH untuk hari esok, terpandang saya akan tema-tema hari guru yang tersenarai di kulit belakangnya. Jadi, saya rasa tidak salah kalau saya hendak kongsikan di sini. 

1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 - Pendidikan ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 - Ke Arah Pendidikan Gemilang
1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 - Guru Penjana Tanggungjawab Bersama
1999 - Guru Berkesan Sekolah Cemerlang
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 - Bersatu Bersama Memartabatkan Profesion Keguruan
2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang, Terima Kasih Cikgu
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2011 - Guru Menjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 - Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara
2013 - Guru Malaysia; 1Aspirasi 1Agenda

Ayuh, guru-guru Malaysia!

23 ulasan:

  1. Anak cikgu mesti tahukan, tema hari guru. Bangganya.

    BalasPadam
  2. tu dia...huu..taun saya last 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa

    BalasPadam
  3. Samalah..Kak Erin pun anak seorang guru..Bangga betul dapat seorang bapa yang juga seorang pendidik..Tugas yang mulia memangkin generasi berilmu..

    BalasPadam
  4. hihi...cik akak salu juga tengok..tapi tak terperasan lah pula...memang kaki tangan sekolah..tapi memang tak tahu...hihi...:)
    makseh perkongsiannya...esok cik akak nak tengok buku tu juga..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti pula kalau buku RPH sekolah lain ada ke tidak. Mungkin tidak sama.

      Padam
  5. suka tema-tema ni =) harap guru-guru Malaysia terus memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap tema mempunyai penerangannya yang tersendiri.

      Padam
  6. pengorbanan guru untuk semua pelajar..mng kena dngan tajuk semua tema di atas..sungguh mulia tugas seorang guru..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah, guru sanggup bekerbon demi anak murid.

      Padam
  7. semoga guru-guru di Malaysia terus bersemangat untuk mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada anak bangsa.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga begitulah. Anak murid berharapkan ilmu daripada seorang guru.

      Padam
  8. Tahun 1993-2004..tahun2 persekolahan saya,hehe

    BalasPadam
  9. Hanya bermula tema pada tahun 1981 ke? Guru...sangat mulia kerjayamu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti akan hal ini. Itu saja yang ada dalam rekod saya.

      Padam
  10. bleh tanya, siapa yg bertanggungjawab cipta tema ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Solan ini juga saya kurang pasti. Sewaktu saya berpraktikum dulu, ada juga pertandingan mencipta tema hari guru.

      Padam
  11. tahun 2007-2008, main perkataan gemilang, cemerlang, terbilang. terpengaruh dengan slogan tun abdullah ahmad badawi kot.. ehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78