Pengikut

Ahad, 23 Jun 2013

Cerpen: Apabila Ayah Berkaca Mata Hitam di Tunas Cipta

Assalamualaikum pembaca semua. Selamat bertemu kembali. Saya telah meninggalkan beberapa hari dunia blog ini. Hal ini kerana enjin carian untuk mengakses internet saya mengalami masalah hingga saya tidak dapat mengakses internet. Alhamdulillah, setelah "berubat" akhirnya berjaya juga diselamatkan. Terima kasih kepada rakan saya yang sudi membantu.

Kredit foto daripada Dawama

Saya menerima ucapan tahniah daripada beberapa rakan tentang cerpen saya yang berjudul APABILA AYAH BERKACA MATA HITAM di Tunas Cipta, Jun 2013. Terima kasih semua. Hingga hari ini saya belum berpeluang melihat karya itu. Harapan saya, majalah langganan saya itu telah selamat sampai. Terima kasih juga kepada editornya yang masih memilih cerpen ini.

Cerpen ini telah lama saya tulis dan hantar. Namun baru bulan ini diterbitkan. Walau bagaimanapun, saya mengharapkan cerpen ini mampu meninggalkan kesan yang positif kepada pembaca. Kepada pembaca yang telah membaca cerpen ini saya mengalu-alukan pandangan anda.

Daripada sejumlah majalah terbitan DBP, saya pernah berkarya untuk kesemua majalahnya kecuali Dewan Kosmik, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Ekonomi. Terima kasih DBP yang memberi peluang dan menyediakan wadah untuk saya berkarya. 

Sekian.

4 ulasan:

  1. mmg berbakat dn kreatif kalau boleh bercerpen :) smoga usaha trus maju jaya

    BalasPadam
  2. S.K.A, terima kasih. Alhamdulillah, bakat kurniaan Allah SWT.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Tahniah! Tak ramai yang mempunya bakat seperti saudara. Semoga terus berkarya dgn menghasilkan karya2 yg hebat...dan semoga berjaya.
    Pasti ilmu yg anda ada banyak membantu saudara dalam mendidik anak bangsa.

    p/s: jika sudi, boleh saudara disable word verification. Setting moderate anda rasanya sudah memadai utk menapis komen spam. Ianya menyukarkan sesetengah orang utk menghantar komen. Sekadar pandangan

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam, terima kasih Bin Muhammad.

    Insyaallah, sekiranya masih dikurniakan-Nya kesihatan dan ilham yang baik untuk menulis. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

    Di Batang Kali, gerimis mula menyimbah. Bagaimana di Rasa?

    P/S: Saya pun bukan pandai sangat dalam IT ni. Cuba komen sekali lagi. Ok tak?

    Huhu bila sebut pasal spam ni, tu dia, ada 6 komen dalam spam. Terima kasih menyedarkan saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78