Pengikut

Selasa, 29 Januari 2013

Fail dalam KSSR

Alhamdulillah, baru sahaja habis mesyuarat untuk guru yang mengajar KSSR bagi tahun 2013. Maknanya, guru tersebut terdiri daripada guru tahun satu, dua dan tiga.

Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar KSSR. Jadi agak terpinga-pinga walaupun saya sudah pergi kursus KSSR Bahasa Malaysia untuk tahun tiga sekarang ini. Tetapi belum berpeluang mengajarnya lagi. Sebaliknya, diberi mengajar Pendidikan Kesihatan tahun dua.



Dalam KSSR guru perlu menyediakan Fail Portfolio Guru, Showcase dan Fail Perkembangan Murid. 

1) Fail Portfolio Guru - guru perlu memasukkan Biodata Guru, Surat Pelantikan, Standard Kandungan, Standard Prestasi, Rancangan Tahunan, Jadual Waktu, Borang Transit (borang penyataan evidens dan band).

2) Showcase - guru perlu menyediakan fail showcase bagi setiap kelas yang mana di dalam fail tersebut dibahagikan kepada mata pelajaran. Fail showcase digunakan untuk memasukkan evidens terbaik yang dihasilkan murid. 

3) Fail Perkembangan Murid - Fail ini untuk dimasukkan evidens PBS murid yang telah diuji untuk setiap mata pelajaran. 

Kepada guru-guru yang mengajar KSSR boleh membuat penambahan terhadap maklumat yang saya nyatakan di atas.




3 ulasan:

  1. Awal-awal tahun cikgu tentunya sibuk dengan bermacam perkara.

    Tahniah juga cerpen di ANIS. Tentu akan membacanya nanti. Siapa tahu terpilih menang.

    BalasPadam
  2. Rasanya bukan setakat awal tahun, nampaknya sepanjang tahun..huhu

    Oh, Jamilah dah beli ya? Amin. Tak tahulah, kalau dah baca nanti, bolehlah bagi pandangan.

    BalasPadam
  3. Belum. baca di chat box. Selalu juga membeli ANIS.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78