Pengikut

Rabu, 30 Januari 2013

Buku Terbitan ITBM Menjadi Buruan di Pesta Buku 1Malaysia 2013


Pesta Buku 1Malaysia 2013 membuka tirainya hari ini 30 Januari hingga 3 Februari 2013. Wah, tak sabar rasanya hendak pergi. Di Pesta Buku 1Malaysia ini, saya akan memburu buku terbitan ITBM. Pasti! Tak tahulah berapa ringgit akan habis nanti. Sudah lama sebenarnya saya hendak mendapatkan buku terbitan ITBM ini. Antara faktornya, kulitnya menarik, penulisnya hebat dan pasti saya menyatakan bahawa sesiapa yang membelinya tidak akan hampa. Di sini saya senaraikan buku tersebut:

Kumpulan Puisi
1) Nyanyian Luka - Husna Nazri
2) Di Negeri Kalbu - Sutung Umar RS
3) Aku Ingin Berbeka-beka Dengan-Mu - Shapiai Muhammad Ramly
4) Peta Perjalanan - Nassury Ibrahim
5) Ketika Kalbu Bersuara - Nilamsuri dan Nooramalia Hussain

Kumpulan Cerpen
6) Soya Ais Peneram Madu - Shahkang
7) Tangis Buliga - Kathrina Susanti
8) Catatan Cinta Anakanda Bonda - Kamariah Kamarudin
9) Mencari Warna Daun - Juri Durabi
10) Anak-anak Tangga - Chacho Haji Bulah
11) Kuntum Perdamaian - Azmah Nordin

Buku Umum/Sastera
12) Merangkai Kasih Merenda Kata - Marsli NO

Pasti ada yang bertambah nanti.

p/s dari Facebook ITBM: 

Ada 5 sebab anda perlu datang ke gerai buku ITBM:
1- Diskaun pembelian sebanyak 20% untuk semua buku ITBM.
2- Diskaun 30% untuk pembelian buku kelima (5) dan seterusnya.
3- Diskaun 40% untuk pembelian dua (2) buku mewah.
4- Percuma kemeja-T ekslusif untuk pembelian melebihi RM100.
5- Boleh tebus Baucar Buku 1Malaysia.


12 ulasan:

  1. Saya sudah mendapatkan senaskah Nyanyian Luka semalam..memang patut dimiliki..bagus sekali penyampaiannya..

    BalasPadam
  2. Jom kita shopping buku di pesta buku :)

    BalasPadam
  3. Wah, terujanya. Insyaallah, sayakan dapatkannya nanti, nazurahmk.

    BalasPadam
  4. Jom, jom Sue, kita shopping buku.

    *Ada istilah berjimat-cermat ke dalam pembelian buku ni? huhuhu

    BalasPadam
  5. Tangis Buliga karya kak Kathrina Susanti Sitaim :)

    BalasPadam
  6. Ya, terima kasih Kak Long kerana makluman. Terlupa pula nak letak.

    BalasPadam
  7. Seronoknya duduk KL ya abang Helmi....
    Tahniah juga buat Kak Long atas penerbitan buku antalogi puisi duetnya! =)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, dulu tak berpeluang Haniff.

    Haniff tak datang ke? Bukankah Haniff selalu juga datang KL?

    BalasPadam
  9. Terima kasih buat dinda Anip Mohd. Haniff :) Jom, teruslah menulis walau apapun suasana yang sedang mengitari kita semua. Jom, arahkan jemari menekan-nekan huruf ilham :D

    BalasPadam
  10. Abang Helmi, tidaklah bang....tidaklah selalu saya turun KL sebab saya ada masalah mengenai penginapan...cemburu betul.

    Kak Long,sama-sama. Jom =)

    BalasPadam
  11. Wah! Banyaknya beli. Terima kasih kerana membeli buku-buku terbitan ITBM :)

    BalasPadam
  12. Saudari birungu, ya sememangnya sudah menjadi idaman saya buku terbitan ITBM. Saya suka.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78