Pengikut

Jumaat, 13 Januari 2012

Merentas Ladang Sayur


Hari ini di sekolah telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa. Walau pun berlangsung secara sederhana semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang. Melibatkan 68 orang. Tahun 4 hingga 6. Saya ditugaskan untuk menjaga 'chek point' yang terakhir. Seronok juga. 

Sebenarnya bukan Merentas Desa tetapi merentas ladang sayur. Laluan yang dipilih adalah ladang sayur. Betapa luasnya tidak terkata. Sambil menyelam minum air. Sambil menanti peserta sampai bolehlah melihat keindahan ladang sayur yang subur. Pelbagai jenis sayur yang ditanam. Tapi kena berhati-hati juga sebab banyak anjing di kawasan itu. Sebelum pergi siap cari kayu sebagai persediaan manalah tahu kalau-kalau anjing itu naik minyak. 

Beberapa aksi peserta
Maaflah gambar kurang jelas sebab ambil pakai telefon murah je

2 ulasan:

  1. Kalau di Kedah, mestinya sawah padi menjadi tatapan. Ini kebun sayur. Satu info baru buat saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, di kedah merentas desa di kawasan sawah padi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78