Pengikut

Sabtu, 3 Februari 2018

Kegunaan Sebuah Kamus

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Jika kita diminta menulis sebuah karangan autobiografi bertajuk "Aku Sebuah Kamus", agak-agaknya apalah yang akan kita tulis?

Apakah kegunaan kamus? Siapakah yang menggunakan kamus? Bilakah kamus digunakan?

Kamus lebih bersifat sumber rujukan bukan bahan bacaan. Pengguna akan menggunakan kamus untuk merujuk beberapa perkara:

1. Merujuk maksud perkataan.
2. Merujuk ejaan yang betul.
3. Merujuk perkataan atau istilah dengan tepat.

Selalunya perkataan yang jarang-jarang digunakan membuatkan kita waswas akan maksudnya. Oleh itu, kamuslah sumber rujukan kita.

Ada perkataan yang sama ejaan tetapi membawa maksud yang berbeza. Contohnya:

perang yang membawa maksud warna dan perang yang membawa maksud perkelahian.
...

Kamus juga dapat dijadikan sumber rujukan untuk mengetahui maksud kata dasar dan kata terbitan. Misalnya, kata dasar buka.

Selain itu, ada beberapa kata terbitan yang terbit daripada kata dasar buka membawa maksud tertentu, contohnya;

berbuka,
membuka,
membukai,
membukakan,
terbuka,
keterbukaan,
bukaan,
perbukaan,
pembukaan dan
pembuka.
...

Adakala kita terbiasa dengan bahasa percakapan yang menyebabkan kita mengeja mengikut kita sebut.

Adakala pula kita tidak dapat membezakan ejaan yang betul apabila sesuatu kata dasar itu menerima imbuhan awalan, apitan dan akhiran. Misalnya:

mengganggu atau menganggu?
menunjukkan atau menunjukan?
menyapu atau mensapu?
...

Apabila kita merujuk kamus, kita dapat memperkaya perbendaharaan kata kita. Kita dapat menggunakan perkataan atau istilah dengan tepat untuk sesuatu perkara. Misalnya;

Mata - memandang, melihat, merenung, menatap, menjeling, mengenyit.

menganyam - tikar
menenun - songket
menjala - ikan
mencandat - sotong
menanak - nasi
menjerang - air
...

Bukan sahaja guru, penulis, editor, wartawan, pelajar sekolah, kolej dan univerisiti, bahkan semua pengguna bahasa Melayu, wajar memiliki kamus.

Mohd Helmi Ahmad
Aku Sebuah Kamus
 

Isnin, 15 Januari 2018

Senarai Buku Karya Hashim Latiff

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



KARYA SAYA

1. Tekad putera belantara : Pintar Firus, 2009.
2. Pendekar desa Jal : Pintar Firus, 2009.
3. Putera warisan emas : Pintar Firus, 2009.
4. Serunai ajaib : Pintar Firus, 2009.
5. Rumah perabung empat : Pustaka Kelisa, 2009.
6. Senja di Bukit Meleret : Pustaka Kelisa, 2009.
7. Lelaki berjaket hitam : Pustaka Kelisa, 2009.
8. Warisan anak bangsa : Pustaka Kelisa, 2009.
9. Misteri pangkalan : Pustaka Kelisa, 2009.
10. Sinar buat ibu : Anggun Publications, 2009.
11. Kita adalah kawan : Anggun Publications, 2009.
12. Jasa Adi dengan gajahnya : Anggun Publications, 2009.
13. Dua pahlawan kampung : Anggun Publications, 2009.
14. Budi tidak terbalas : Anggun Publications, 2009.
15. Pistol dalam pasir : Pustaka Kelisa, 2009.
16. Misteri Pulau Besar : Pustaka Kelisa, 2009.
17. Rahsia rebab berlalat : Pustaka Kelisa, 2009.
18. Misteri terowong lama : Pustaka Kelisa, 2009.
19. Tumpasnya penyeludup di Kampung Jambu berkembar : Anggun Publications, 2009.
20. Teguh kerana muafakat : Anggun Publications, 2009.
21. Kontena : Penerbit Pinang, 2008.
22. Anak-anak belantara : Penerbit Pinang, 2008.
23. Hati seorang pengukir : Penerbit Pinang, 2008.
24. Misteri Perempuan Berjubah : Produksi Nur-Johan, 2008.
25. Senja Di Jambatan Gantung : Produksi Nur-Johan, 2008.
26. Keranamu Oh Malaysia : Produksi Nur-Johan, 2008.
27. Tragedi Di Kota Lama : Produksi Nur-Johan, 2008.
28. Kisah Cinta Adam : Produksi Nur-Johan, 2008.
29. Kasih Si Pelukis Kaki : Produksi Nur-Johan, 2008.
30. Mutiara Dari Pedalaman : Produksi Nur-Johan, 2008.
31. Misteri Ekspidisi Belantara : Produksi Nur-Johan, 2008.
32. Api di pulau : Penerbit Pinang, 2008.
33. Puteri ekspedisi : Penerbit Pinang, 2008.
34. Kemilau sutera : Penerbit Pinang, 2008.
35. Bermula dengan alif : PTS ONE, 2007.
36. Memasang tekad : Cipta Publishing, 2007.
37. Semaian budi : Cipta Publishing, 2007.
38. Tersilap langkah : Cipta Publishing, 2007.
39. Memintal peluh : Cipta Publishing, 2007.
40. Tumpas : Cipta Publishing, 2007.
41. Kasih guru : Cipta Publishing, 2007.
42. Sayang ayah : Cipta Publishing, 2007.
43. Budi emas : Cipta Publishing, 2007.
44. Wira : Penerbit Orkid. ; 2006.
45. Sekuntum bunga desa : Penerbit Orkid. ; 2006.
46. Basikal baru : Pustaka Ilham, 2006.
47. Cabaran: Penerbit Orkid. ; 2006.
48. Keris Tajur berhulu gading : Pustaka Ilham, 2006.
49. Kupu-kupu bersayap baldu : Pustaka Ilham, 2006.
50. Pagi di pangkalan feri : Pustaka Ilham, 2006.
51. Senja di tebing Rhine : Pustaka Ilham, 2006.
52. Carik-carik bulu ayam : Pustaka Buana, 2006.
53. TOM Moi : Pustaka Ilham, 2006.
54. Tinggi hati : Pustaka Buana, 2006.
55. Sepandai-pandai tupai melompat : Pustaka Buana, 2006.
56. Tiang kampung : Pustaka Buana, 2006.
57. Rapuh mulut : Pustaka Buana, 2006.
58. Padu hati : Pustaka Buana, 2006.
59. Jual keringat : Pustaka Buana, 2006.
60. Hati berlian : Pustaka Buana, 2006.
61. Pensel berloceng : Pustaka Ilham, 2006.
62. Pagi di pangkalan feri : Pustaka Ilham, 2006.
63. Kupu-kupu bersayap baldu : Pustaka Ilham, 2006.
64. Wira bukit : Pustaka Ilham, 2006.
65. Keris Tajur Berbulu gading : Pustaka Ilham, 2006.
66. Redup Langit Songkla : Utusan Publication & Distributors, 2004.
67. Kalau ada cinta : Utusan Publication & Distributors, 2004.
68. Titik peluh : Orkid, 2002.
69. Padat hati : Orkid, 2002.
70. Orang Harapan : Orkid, 2002.
71. Hidung tinggi : Orkid, 2002.
72. Kolam hijau : Hasrat Murni, 2002.
73. Batu berulat : Hasrat Murni, 2002.
74. Kubu berasap : Hasrat Murni, 2002.
75. Kerangka berdarah : Hasrat Murni, 2002.
76. Akal kancil : Penerbit Orkid, 2002.
77. Padu hati : Penerbit Orkid, 2002.
78. Keris menangis : Hasrat Murni, 2002.
79. Wakaf perabung lima : Hasrat Murni, 2002.
80. Pedang terbang : Hasrat Murni, 2002.
81. Tangisan di jambatan kereta api : Hasrat Murni, 2002.
82. Orang harapan : Penerbit Orkid, 2002.
83. Setia kawan : Penerbit Orkid, 2002.
84. Lori kepala merah : Penerbit Orkid, 2002.
85. Lelaki bertopeng : Penerbit Orkid, 2001.
86. Pondok misteri di Kuala Dua : Penerbit Orkid, 2001.
87. Lelaki asing di Banggol Beta : Penerbit Orkid, 2001.
88. Lelaki bertongkat : Penerbit Orkid, 2001.
89. Jambatan pohon jitung : Penerbit Orkid, 2001.
90. Banglo di hujung kampung : Penerbit Orkid, 2001.
91. Hati seorang pengukir : Flo Enterprise, 2001.
92. Sayang kakak : Flo Enterprise, 2001.
93. Budi dan jasa : Flo Enterprise, 2001.
94. Epi : Flo Enterprise, 2001.
95. Menentang cabaran : Flo Enterprise, 2001.
96. Kasih ibu : Flo Enterprise, 2001.
97. Jeti : Flo Enterprise, 2001.
98. Bagai aur dengan tebing : Hasrat Murni, 2000.
99. Carik-carik bulu ayam / : Hasrat Murni, 2000.
100. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit : Hasrat Murni, 2000.
101. Biar putih tulang : Hasrat Murni, 2000.
102. Ayam tambatan : Hasrat Murni, 2000.
103. Menggagas keringat : Creative Enterprise, 1997.
104. Sekuntum bunga Desa : Orkid, 1996.
105. Sayang Witya : Kumpulan Karangkraf, 1996.
106. Cabaran : Orkid, 1996.
107. Alifah Ilyana : DBP, 1994.
108. Siri Novel Peribahasa (8T) ; P.Buana

Sumber: Facebook Hashim Latiff 
 

Ahad, 14 Januari 2018

Buku Wajib Miliki: Rahsia Tatabahasa dan Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Saya bukanlah penulis sepenuh masa. Kerja hakiki saya ialah guru. Lebih tepat, guru Bahasa Melayu.
Apabila menjadi guru Bahasa Melayu, sudah pastilah harus terampil menggunakan bahasa Melayu yang betul dan dengan betul. 

Begitu jugalah apabila menjadi seorang penulis. Penulis yang menulis dalam bahasa Melayu, diharapkan dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam apa-apa jua medium. 

Jika kita boleh menggunakan bahasa yang betul ketika menghasilkan karya, kenapa tidak ketika kita menggunakan media sosial?

Kerjaya guru Bahasa Melayu amat membantu dan melatih saya untuk menulis dengan betul. Sebab itulah, guru dan penulis disarankan memiliki Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan sebagai rujukan.

Selain itu, guru dan penulis juga digalakkan memiliki buku berkaitan pembelajaran Bahasa Melayu untuk menambahkan ilmu. Adakala apa-apa yang hendak disampaikan tidak sampai kepada pembaca kerana kelemahan penulis menggunakan bahasa dengan betul.

Buku terbaru yang saya miliki ialah:
1. Rahsia Tatabahasa - Jilid 1
2. Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan - Cikgu Ghalib Yunus Jilid 1-3

Setelah membelek-belek sepintas lalu kerana buku ini baru sahaja sampai, saya boleh katakan buku ini amat bagus. Boleh lihat petikan kandungan buku-buku ini dan contoh tulisan yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan ini bersifat mudah dan mesra pembaca. Pembaca bertanya dan beliau menjawab. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah, guru, malahan penulis dan editor.

Saya yakin, kekeliruan penggunaan kata, frasa, klausa, ayat, tanda baca dan ejaan dan imbuhan yang kerap kali berlaku akan terjawab apabila pembaca membaca buku ini.

Masih keliru penggunaan terguris atau tergores? Menghiasi, menghias atau menghiaskan? Didoakan, berdoa atau mendoakan? Membasahkan atau membasahi? Menambah atau menambahkan? Apabila atau ketika? Objektif atau matlamat? dan banyak lagi.

Bolehlah dapatkan buku-buku ini daripada Cikgu Nora Markom yang merupakan pengedar rasmi buku Cikgu Abdul Ghalib Yunus.

Rahsia Tatabahasa - RM15
Soal Jawab Jilid 1 - 3 - RM50
Kos pos laju (semenanjung) - RM11

#bukubaharu #penulis #gurubahasa #tatabahasa #soaljawabbahasa

Mohd Helmi Ahmad
Tidak Salah Belajar daripada Terus Tidak Tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78