Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2016

Perubahan Jadual Waktu Persekolahan 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Pernah atau tidak ibu bapa membelek jadual waktu persekolahan anak-anak? Jika pernah, pernah atau tidak ibu bapa mengira waktu persekolahan anak-anak mengikut mata pelajaran yang dipelajari? 

Baiklah, saya jelaskan sedikit berkaitan jadual waktu persekolahan murid sekolah rendah mulai 2017.
Ibu bapa jangan terkejut jika jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran sekolah anaknya tidak sama dengan jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran sekolah lain. 

Misalnya, jika sebelum ini diselaraskan waktu PdP Bahasa Melayu Tahap 1 = 12 waktu dan Tahap 2 = 10 waktu. Kini, pihak sekolah boleh mengurangkannya mengikut minggu PdP yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Contohnya, Tahap 1 = 10 waktu dan Tahap 2 = 8 waktu ataupun sebagainya.

Hal ini demikian kerana mulai 2017, pengiraan jumlah waktu PdP telah mengikut jam per tahun. Setiap mata pelajaran diperuntukkan sebanyak jumlah jam tertentu yang telah ditetapkan oleh KPM.

Jadi, akan ada mata pelajaran yang waktu PdPnya bertambah, kurang dan statik. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah apabila menyusun mengikut takwim dan minggu PdP masing-masing.

Bahkan, ada sekolah yang akan menjalankan aktiviti kokurikulum pada sesi pagi ataupun selepas waktu akhir PdP. Tetapi masih ada sekolah yang mengekalkan pada waktu petang.

Jadual waktu sesi persekolahan 2017 dilihat lebih fleksibel.

Untuk makluman semua, mulai 2017 mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Pendidikan Muzik akan digabungkan dan membentuk mata pelajaran Kesenian.

Selain itu, mulai 2017 murid Tahun 1 akan mengikuti KSSR Semakan dan menggunakan buku teks baharu.

Mohd Helmi Ahmad
Info Menjelang Persekolahan 2017

Isnin, 26 Disember 2016

Senarai Karya Mohd Helmi Ahmad yang Disiarkan Pada Tahun 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahun 2016 hampir ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini ada beberapa karya saya yang disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan. Bahkan, sebuah buku saya telah diterbitkan. Saya perlu akui, tahun ini saya tidak aktif menulis dan tidak prolifik mengirimkan karya kepada editor.

Buku
1. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, ITBM.

Rencana
Polemik
1. Penulis Sastera Remaja Tiada Pilihan Kecuali Terbitkan Buku - BH, 16 April 2016.

Bicara Tunas
1. Dimensi Penulis Eceran kepada Penulis Buku - Tunas Cipta, Julai 2016.

Ikon Seni & Budaya
1. Mencari Kepuasan Diri - Sinar Harian, 14 Ogos 2016.

Cerpen
1. Kalendar Merah dan Si Penenun Cinta - Dewan Siswa, Februari 2016.
2. Projek Baulu Nenek - Dewan Pelajar, Jun 2016.
3. Tabik Hormat Inspektor Izzudin - Asuh, November 2016.

Puisi
1. Ruang dan Waktu - Mingguan Malaysia, 19 Jun 2016.
2. Rumah Patriotisme - Sinar Harian, September 2016
3. Dengar Pesan Kami - Dewan Siswa, Oktober 2016.
4. Hitam Putih - Sinar Harian, 1 Oktober 2016

Doakan tahun 2017 saya dikurniakan kekuatan untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

Ahad, 25 Disember 2016

Koleksi Lengkap Buku Hilmi Rindu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya tidak "membesar" dengan puisi Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah kerana setelah dewasa barulah saya mengenali puisi.

Namun, setelah mengenali puisi, saya suka membaca puisinya yang sederhana tetapi mendalam maksudnya.

Saya pernah berjumpa dengan beliau sewaktu majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014. Beliau memenangi kategori kumpulan puisi remaja melalui Mimpi Kotaku, ITBM 2014.

Kebetulan pemenang Kategori C ditempatkan di satu meja, jadi dapatlah berbual dengan beliau. Dek perkenalan pertama itu, tidaklah banyak yang dibualkan sekadar menyoal perkembangan penulisan masing-masing.

Beliau antara penulis mapan yang masih tekal menulis. Saya amat kagum dengan semangat kepengarangan beliau itu. Teruskan menulis, tuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78