Pengikut

Ahad, 6 September 2015

Majalah DBP Dijual di Batang Kali

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah boleh didapatkan di sebuah kedai di Batang Kali. Ya, sebelum ini saya hanya melanggan majalah Dewan Sastera, Pelita Bahasa dan Tunas Cipta. Oleh itu, saya hanya beli Dewan Siswa dan Dewan Pelajar. Selepas ini saya berharap, buku-buku terbitan DBP pula yang dipasarkan di kedai buku sekitar Batang Kali ini. 

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan penulis yang karyanya tersiar dalam majalah terbitan DBP bulan September 2015. Memandangkan saya hanya membeli Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, saya senaraikan karya rakan penulis yang tersiar pada bulan ini. 

  1. Tahniah kepada Tuan Azhar Salleh untuk artikel berjudul "Tenang Menghadapi Peperiksaan" dalam Dewan Siswa.
  2. Tahniah kepada Rozlin Adrenalin untuk cerpen berjudul "Pulanglah Kakak" dalam Dewan Siswa.
  3. Tahniah kepada Norshahkang Shuaib untuk cerpen berjudul "Abnormal Seorang Guru" dalam Dewan Siswa.
  4. Tahniah kepada Tuan Kamal Sujak untuk artikel berjudul "Literasi Maklumat dan Pusat Sumber Sekolah" dalam Dewan Siswa.
  5. Tahniah kepada Azida Ishak untuk artikel berjudul "Misteri Luka Bercahaya" dalam Dewan Siswa.
  6. Tahniah kepada Muz Ahmad untuk puisi berjudul "Catan 1" dalam Dewan Siswa.
  7. Tahniah kepada Tuan Ahmad Sarju untuk puisi berjudul "Melangkah Waja" dalam Dewan Siswa.
  8. Tahniah kepada Muz Ahmad untuk cerpen berjudul "Nagasari Pagi Raya" dalam Dewan Pelajar.
  9. Tahniah kepada Wadi Sofi untuk cerita rakyat berjudul "Carik-carik Bulu Ayam" dalam Dewan Pelajar.


Teruskan menulis. 

Sabtu, 5 September 2015

Analisis Bahagian A: Memindahkan Maklumat UPSR 2005 hingga 2014

Assalamualaikum.



Semakin hampir semakin berdebar-debar pula rasanya hati ini. Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR dijadualkan pada 8 September 2015. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang Analisis Bahagian C UPSR

Kali ini saya cuba berkongsi tentang Analisis Bahagian A: Memindahkan Maklumat (Bina Ayat). Walaupun wajarannya hanya 10 markah, namun untuk mendapat A, murid sekurang-kurangnya perlu mendapat 8 markah ke atas. 

Tahun
Bentuk
Peristiwa
Lokasi
2005
Bersiri
Masyarakat
Pasar
2006
Tunggal
Sekolah
Kantin
2007
Tunggal
Sekolah
Dewan
2008
Bersiri
Masyarakat
Di Jalan raya
2009
Tunggal
Sekolah
Taman
2010
Tunggal
Masyarakat
Depan rumah
2011
Tunggal
Masyarakat
Dalam rumah
2012
Tunggal
Masyarakat
Kedai makan
2013
Tunggal
Masyarakat
Di kebun
2014
Tunggal
Masyarakat
Di sungai

Arahan Soalan
  1. 2005 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
  2. 2006 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
  3. 2007 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.
  4. 2008 - Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
  5. 2009 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
  6. 2010 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
  7. 2011 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
  8. 2012 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kedai makan.
  9. 2013 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kebun sayur.
  10. 2014 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut. 
Sekiranya diperhatikan, bentuk gambar Tunggal selalu ditanya berbanding gambar bersiri. Sejak daripada tahun 2010 hingga 2014, peristiwa yang ditanya merangkumi masyarakat. Adakah pada tahun ini peristiwa di sekolah pula akan ditanya? Oleh itu, guru-guru dan murid-murid bolehlah memberikan perhatian untuk peristiwa:

1. Gotong royong di dalam kelas
2. Perkhemahan
3. Hari sukan
4. Hari kebangsaan
5. Pasar raya
6. Pusat sumber sekolah

Pusat Sumber Sekolah


Sukan Tahunan Sekolah


Hari Kemerdekaan/Kebangsaan


Perkhemahan



Gambar-gambar yang dikongsikan ini sekadar contoh sahaja untuk menjelaskan peristiwa ataupun suasana yang dinyatakan. Guru-guru dan murid-murid boleh membuat latih tubi menyenaraikan kata kerja ataupun aktiviti yang sesuai.

Khamis, 3 September 2015

Analisis Bahagian C: Nilai Murni/Pengajaran UPSR 2007 hingga 2014

Assalamualaikum.



UPSR 2015 tidak beberapa hari sahaja lagi. Saya kira sudah pastilah guru-guru dan murid-murid sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk menghadapinya pada 8,9dan 10 September 2015. 

Mengikut Format UPSR yang terakhir, Bahasa Melayu Bahagian C: Membina Ulasan (Nilai Murni/Pengajaran), murid dikehendaki membina ulasan. Saya pernah berkongsi tentang Formula Menjawab Bahagian C

Oleh itu, untuk persiapan terakhir saya juga ada membuat analisis kertas Bahasa Melayu UPSR dari tahun 2007 hingga 2014. Saya kongsikan di sini nilai murni/pengajaran beserta ayat huraiannya. Ayat huraian itu boleh dijadikan kata kunci untuk murid mengenal pasti nilai murni yang paling tepat. Moga perkongsian ini bermanfaat. 

Analisis Bahagian C: NILAI MURNI/PENGAJARAN UPSR 2007 – 2014
Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Nilai / Pengajaran
Huraian
        Bertanggungjawab
-          Membuat aduan tentang kerosakan jalan
-          Menjaga keselamatan murid-murid
        Mematuhi undang-undang
-          Tidak memandu laju
        Bekerjasama
-          Bergotong-royong membaiki jalan yang rosak
-          Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah
        Berhemah tinggi
-          Mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan
        Menghargai masa
-          Bangun awal
-          Melakukan hobi yang bermanfaat seperti membaca
        Rela/sanggup berkorban
-          Beberapa orang ahli menawarkan diri mencari kayu api
        Berdisiplin
-          Aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual
-          Beratur ketika memasuki ‘Underwater World’
        Prihatin/bersimpati
-          Mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan
-          Cikgu Farzana yang bersedia membimbing dan membantu murid-muridnya untuk menyelesaikan masalah
-          Meletakkan papan tanda amaran tentang jalan rosak supaya tidak berlaku kemalangan
        Tegas
-          Tidak bersetuju mencuri
        Baik hati
-          Membantu, menghubungi ibu bapa
        Insaf/Menyesal
-          Berasa kesal
-          Memohon maaf
        Bercita-cita tinggi
-          Cikgu Farzana yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti
       Mengenang jasa
-          Warga sekolah yang menghargai jasa Cikgu Farzana
-          Mengucapkan terima kasih
        Menghormati guru/ibu bapa
-          Mematuhi segala nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh guru
-          Murid-murid meminta izin guru untuk mandi laut
-          Mengingati nasihat mereka
        Menyayanyi diri
-          Menjaga kesihatan dan mengambil makanan yang berkhasiat
        Mengambil berat
-          Mendoakan kesihatan rakan
        Menjaga kebersihan persekitaran
-          Bagi menghindari penyakit berjangkit seperti denggi
        Mendengar nasihat
-          Bagi memperbaiki kelemahan diri
        Jujur
-          Menyerahkan dompet yang ditemuinya kepada guru
        Rajin
-          Menghadiri latihan sukan
        Ikhlas
-          Melaksanakan tugasan tanpa mengharapkan balasan
       Bersyukur/kesyukuran
-          Terselamat daripada ditempak pemburu
       Mempunyai semangat patriotik
-          Berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78