Pengikut

Sabtu, 3 Mei 2014

April Corat-Coret Setia Bersama Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.


Entri ringkas di pagi sabtu sebelum ke sekolah untuk kelas tambahan. 

Hari ini baru berkesempatan nak umumkan 10 blogger yang Setia Bersama Tetamu Istimewa pada bulan April 2014. Jika melihat senarai 10 blogger ini, tidak banyak perubahan jika hendak dibandingkan dengan bulan Mac lalu. Boleh saya katakan tanpa pembaca dan pengomen setia ini, sunyilah blog saya ini. 

Mari baca apa kata mereka tentang entri di Tetamu Istimewa:

























Saya menghargai setiap corat-coret (komen) kalian semua. Insya-Allah, saya akan cuba perbaiki apa yang kurang dan pertingkatkan apa yang lebih. Apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT, yang lemah itu semuanya daripada sikap saya sebagai seorang manusia.



Jumaat, 2 Mei 2014

Dapatkan Tetamu Istimewa di PBAKL 2014 di Booth ITBM

Assalamualaikum.


Tetamu Istimewa saya hasilkan dengan penuh tanggungjawab dan rasa untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian. Tidak kiralah siapa gerangan pembacanya yang boleh sahaja kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. 

Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua. Apa lagilah yang boleh saya lakukan melainkan promosi di blog ini. Inilah satu-satunya laman sosial yang saya ada. Sekiranya ada yang sudi pautan di mana-mana sahaja laman sosial milik peribadi, amat saya hargai. 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 masih berbaki dua hari sahaja lagi sebelum melabuhkan tirainya. Saya menjemput kalian semua pembaca yang belum memiliki KUMPULAN CERPEN REMAJA: TETAMU ISTIMEWA, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini untuk mendapatkannya di Booth ITBM. Tawaran potongan harga istimewa diberikan. 

Kepada yang sudah memilikinya, jika ingin memilikinya lagi boleh juga mendapatkannya di Booth ITBM ataupun saya sendiri. Memandangkan bulan Mei ini pelbagai sambutan akan berlaku antaranya Hari Ibu, Hari Guru malah Hari Lahir sekalipun. Jika ingin jadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah kepada insan tersayang itu amatlah digalakkan. 

Guru-guru juga boleh jadikan Tetamu Istimewa ini sebagai hadiah galakan kepada murid-murid di sekolah yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Moga Tetamu Istimewa membawa semangat kepada anak-anak murid untuk lebih bersemangat, lebih menghargai ibu bapa mahupun guru-guru sendiri. 

Blogger-blogger yang sering membuat segmen atau GA, boleh juga jadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiahnya. Pastilah buku ini lebih memberikan kesan yang bermanfaat dan kekal lama. 

Atau ada yang ingin menjadi pengedar Tetamu Istimewa? Hubungi saya untuk perbincangan untuk tindakan selajutnya. Manalah tahu kalau-kalau blogger atau sesiapa sahaja sering terlibat dengan ceramah, kem, bengkel seumpamanya yang boleh memberikan input kepada masyarakat semua. 

Harga Istimewa akan diberikan kepada pembeli yang ingin membeli lebih daripada sebuah buku. 


Khamis, 1 Mei 2014

Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan - Umie Nadzimah di Slot Akasia TV3

Assalamualaikum. 

Satu persatu novel karya penulis tempatan diadaptasi ke bentuk drama. Dari satu segi, nampak perkembangan positif. Lantaran itu, ada yang melemparkan anggapan "penulis novel akan kaya atau pun untung". 

Benarkah situasi ini berlaku? Pada perkiraan saya, penulis hanya mendapat keuntungan sekiranya penonton membuat permintaan untuk membaca novel yang diadaptasikan itu. 

Oleh itu, apabila sambutan menggalakkan sudah pastilah penerbit akan mencetak ulang novel tersebut. Dalam konteks ini mungkinlah penulis mendapat keuntungan daripada royalti cetakan novel tersebut, tetapi tidak untuk pengadaptasian itu. 

Selepas drama Aku Isterinya berakhir, slot Akasia tv3 akan diisi pula dengan drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN karya UMIE NADZIMAH. Sesungguhnya setakat drama yang diadaptasi daripada novel, saya belum pernah membaca novel tersebut. 



SINOPSIS KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Akan datang di Slot Akasia, drama adaptasi dari novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan ini akan bersiaran selepas Aku Isterinya. Hero dan heroin, Amar Bahrin, Izreen Azminda.

Sinopsis novel. Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.


Drama adaptasi daripada novel 

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

Sumber: Karyaseni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78