Pengikut

Selasa, 2 Julai 2013

Program Susu 1Malaysia di Sekolah

Alhamdulillah, selesai juga program susu 1Malaysia di sekolah. Kepada ibu bapa, tahukah anda di sekolah ada diberikan bantuan susu 1Malaysia secara percuma kepada anak-anak anda? Jika tidak pasti, boleh tanya semula dengan anak-anak. 


Sebagai Penyelaras Susu 1Malaysia di sekolah, sebelum mengagihkan susu kepada murid, saya keluarkan surat kebenaran kepada ibu bapa terlebih dahulu. Jika ibu bapa setuju barulah anak mereka akan diberi minum susu. Takut juga, ada murid yang alah dengan susu. Hanya ibu bapa saja yang tahu. Tak tahulah di sekolah lain macam mana pelaksanaannya. 


Pagi tadi, pihak tetrapak (syarikat yang membuat kotak susu dan minuman) datang ke sekolah untuk memberi penerangan sedikit berkenaan pengurusan selepas meminum susu. Maksudnya, selepas susu diminum, kotaknya tidak boleh dibuang di merata-rata tempat. Perlu dikumpulkan di satu tempat atau dalam satu plastik besar supaya kotak-kotak tersebut dapat dikitar semula. Di samping itu juga, murid-murid diajar cara minum susu dengan betul. 


Bukan main seronok lagi murid-murid apabila dapat susu. Lepas ni, bertambah sihatlah, bertambah aktiflah murid-murid ni. Jangan sampai guru tak terkawal sudah!

SAPS Memudahkan Semakan Keputusan Peperiksaan Anak-anak

kredit foto daripada beritasemasa.com

Assalamualaikum semua. Harap-harap sihatlah semua. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. 

Sistem ini diperkenalkan untuk merekod data markah murid di sekolah yang menjalani ujian dan peperiksaan melalui KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selalunya sistem ini digunakan oleh guru mata pelajaran dan guru kelas untuk memasukkan markah tersebut. 

Namun begitu, tahukah ibu bapa yang mempunyai anak-anak, mereka juga boleh menggunakan sistem ini untuk menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak mereka. Jadi, tidak menjadi masalah kepada ibu bapa sekiranya anak-anak mereka cuba menipu kerana segalanya telah direkodkan. 

Untuk ke halamn ini ibu bapa boleh klik di sini SAPS

Kemudian, pergi ke ikon ibu bapa di bahagian sebelah kiri. Atau klik saja di sini IBU BAPA. Isi maklumat yang diperlukan.

Selamat mencuba. 


Isnin, 1 Julai 2013

Oh, Inikah yang Dinamakan Transformasi?

kredit foto daripada http://www.mycen.my/puduraya/

Baru-baru ini kecoh apabila pengusaha bas ekspres mahu naikkan harga tiket 30 peratus sempena hari perayaan. Oh, benar tidak logik. Kepada yang tidak menggunakan perkhidmatan bas ekspres sudah tentulah tidak terasa sangat. Tapi, yang menjadikan bas ekspres untuk pulang ke kampung menyambut hari raya, berjumpa dengan bonda dan ayahanda tercinta pasti merasainya. Akhirnya, isu ini selesai dan mendapat kata putus hanya 10 peratus sahaja kenaikan yang dipersetujui. 

Pernahkah anda menuju ke Pudu Sentral dari arah belakang? Maknanya, menyusur terowong dari stesen Plaza Rakyat. Oh, saya rasa seperti takut untuk masuk ke pintu dari arah belakang ini. Kedatangan anda akan disambut oleh beberapa orang entahlah ulat tiket ataupun orang tengah yang akan bertanya ke mana anda akan pergi. Jika anda tidak melayannya pasti anda akan dicemuh. Inikah budaya yang kita hendak bangga-banggakan? Tidakkah kita sudah mentransformasikan sistem perkhidmatan kita? Kaunter tiket sudahpun dinaiktaraf. Mengapa mereka ini memburu pengguna seperti.....? 

Satu lagi, saya harap selaras dengan kenaikan harga tiket, perkhidmatan bas hendaklah dipatuhi. Terutamanya waktu pelepasan. Janganlah biarkan pengguna sesak nafas menunggu di platform. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78