Kegilaan seorang penulis. Begitulah tajuk entrinya. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya sibuk berkursus selama 4 hari. Sudah tentulah diri terasa letih. Namun seperti ada yang mendesak-desak dalam fikiran saya. Apabila tidak menulis seperti hari-hari itu berlalu pergi begitu sahaja. Betapa ruginya.
Saya pernah membaca kumpulan cerpen Osman Dol-Mimpi Seorang Hartawan. Saya tertarik dengan sebuah cerpen di dalamnya yang berjudul REBAH. Cerpen ini saya anggap pengakuan penulis akan kehidupan seorang penulis yang jujur. Jika tidak menulis dalam satu hari tidak senang duduk dibuatnya. Apatah jika ditinggalkan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan.
Jika saya tidak menulis saya akan membaca. Begitulah yang saya lakukan setiap hari. Seolah-olah jika orang luar melihat bahawa saya ini seperti hidup dalam dunia sendiri. Saya lebih banyak memerhati, mendengar daripada bercakap. Entahlah, saya rasakan saya ini seorang yang pendiam.
Sebatang pena itu jika saya tinggalkan lama, pasti susah untuk dimulakan. Seolah-olah mata pena itu menjadi tumpul. Bukan senang untuk mengasah kembali. Tetapi jika saya kekalkan walaupun sehari sebaris ayat ia tetap akan menajam.
Kegilaan saya lagi adalah menunggu setiap hari minggu ataupun setiap kali muncul bulan baru. Saya akan berusaha membelek-belek majalah yang saya ada hantar karya. Kadang-kadang saya membeli majalah atau pun surat khabar itu semata-mata untuk melihat karya saya saja. Selepas itu tersadai saja di rumah. Tetapi jika ada kesempatan saya cuba juga membelek majalah tersebut. Mana tahu ia dapat memberi ilham baru tidak pun dapat menambah ilmu saya.
Pengikut
Khamis, 6 September 2012
Isnin, 3 September 2012
Pembelajaran Sepanjang Hayat
| kredit gambar daripada sibur-sibur blogspot |
Saya rasa antara banyak kerjaya, kerjaya gurulah yang paling sibuk menghadiri kursus. Oleh itu, saya namakan kerjaya guru sebagai kerjaya pembelajaran sepanjang hayat. Bukan sahaja kerjanya mengajar dan memberi ilmu kepada muridnya bahkan guru sendiri harus mempertingkatkan ilmu diri sendiri. Maklumlah hendak melahirkan modal insan kelas pertama.
Minggu ini sekitar 5-8 Septermber 2012, kursus penyebaran KSSR akan bersambung lagi. Antara mata pelajaran yang terlibat ialah Dunia Seni Visual dan Muzik. Disebabkan guru di sekolah saya banyak yang terlibat dengan komitmen lain saya 'terpaksa' menggantikan seorang guru untuk mengikuti kursus KSSR-Dunia Seni Visual Tahun 3 2013 di PKG Kalumpang. Mahu tidak mahu saya tidak boleh kata tidak kerana SAYA ADALAH YANG MENURUT PERINTAH.
Kreatifkah saya ini? Tunggu....
Walau bagaimanapun saya positifkan minda bahawa bolehlah saya mengambil peluang ini menambahkan ilmu. Jadi saya harapkan niat saya itu diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Moga Dia mempermudahkan segala urusannya. Amin.
Sabtu, 1 September 2012
Cerpen: Semanis Gadis Berbaju Kurung di Mingguan Wanita
Kata
nenek baju kurung adalah busana paling hebat dan indah yang pernah dihasilkan
oleh orang Melayu. Maka pewarisnya haruslah memiliki sikap ambil peduli dalam
mengangkat busana ini ke tahap yang selayaknya. Memikul tanggungjawab dalam
memelihara maruahnya. Tidak tercela dek keghairahan mengagungkan busana barat
yang tampak tidak cukup sempurna untuk disarungkan di tubuh orang Melayu.
Cerpen ini tersiar di MINGGUAN WANITA edisi 31 Ogos - 06 September 2012. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya atau telah memilikinya, sudilah menyelak halaman cerpen dan membacanya. Sekiranya ada pandangan yang hendak dilontarkan, silakan.
Terima kasih kepada editor yang memilih cerpen ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang mengirim SMS mengucapkan tahniah. Saya menghargai sokongan anda semua.
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78

