Tiada kata-kata yang indah selain menyebut namanya.
Pengikut
Ahad, 5 Februari 2012
Khamis, 2 Februari 2012
Sesuatu yang Tercipta
2.2.2012
Wah, sungguh cantik susunan tarikh pada hari ini! Sedarkah kita betapa Allah itu Maha Indah. Diciptanya sesuatu yang tak terjangka oleh pemikiran manusia. Betapalah untuk melihat dan menanti tibanya pula tarikh sebegini entah bila. Cukuplah untuk kita memuhasabah diri pada hari ini kembali dekat dengan-Nya.
Sebenarnya entri pada hari ini bukan untuk menceritakan akan tarikh ini tetapi saya mahu membawa pembaca untuk memuhasabah diri akan diri sendiri. Betapa saya kira saya sendiri juga masih belum mengenali diri saya sendiri. Allah mengurniakan kiri dan kanan. Pernahkah anda menyedari bahawa anda selalu menggunakan kiri atau kanan? Ada sebahagian daripada kita menggunakan tangan kanan tetapi ada sebaliknya. Walau bagaimanapun dalam sesuatu perkara kita serupa.
Pernahkah anda melihat orang makan dengan menggunakan tangan kiri walaupun pada hal dalam hal-hal lain dia adalah bertangan kidal?
Dalam sesuatu perkara lagi. Kita mesti@wajib memulakan amalan berwuduk dengan mendahului anggota sebelah kanan. Kedua-dua persamaan ini juga membuktikan bahawa dalam perbezaan masih ada persamaan. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menciptakan persamaan dan perbezaan? Sesungguhnya Allah itu Maha adil dan saksama.
Dalam banyak perkara lain sememangnya ada perbezaan dan saya rasa ada yang tidak menyedarinya. Di sini saya menyenaraikannya antaranya.
1. Memotong kuku
2. Memakai stoking
3. Menyikat rambut
4. Menggosok gigi
5. Memakai kasut
6. Menyarung seluar
(Boleh ditambah, ini sekadar yang terlintas semasa saya menaip entri ini)
Selalunya kita hanya memerhati kelakuan atau tindakan orang. Apa kata mulai hari ini kita melihat diri sendiri. Betapa 'aku' ini selalu memulakan sesuatu perkara melalui kiri atau kanan.
Rabu, 1 Februari 2012
Masih Banyak yang Perlu Dipelajari
![]() |
| Kredit gambar daripada Utusan Malaysia |
Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pemenang-pemenang sayembara mahupun pertandingan penulisan yang telah dianjurkan. Keputusannya ada yang telah lama diumumkan mahupun baru-baru ini. Di sini saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tidak kiralah yang sudah mengetahuinya ataupun belum.
Pertamanya, Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011. Antara yang saya tahu Serunai Fakir telah memenangi tempat kedua menerusi cerpen Menebak Cinta Firdausi. Sili klik di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Keduanya, Pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran bersama kelab PROSTAR. Tahniah kepada 25 pemenang termasuk sagu hati. Antaranya Ridhwan Zainudin yang memenangi tempat kedua mempertaruhkan cerpen Sisa-sisa Kenangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut para pemenangnya sila klik di sini.
Ketiganya, Pertandingan Sastera Berunsur Islam. Untuk kali ini dua kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen dan lirik lagu. Tidak seperti selalunya yang mana kategori puisi tidak dipertandingkan. Siapakah pemenangnya bolehlah berbuat demikian dengan klik di sini
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78

