Pengikut

Isnin, 23 Julai 2018

Resipi Cheesekut Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jarang-jarang saya menulis atau berkongsi masakan yang saya masak. Namun kali ini saya cuba kongsikan. Ini pun bukan resipi saya. Resipi yang saya "kutip" daripada Internet dan perkongsian rakan-rakan. Ini juga kali pertama saya buat cheesekut sedap leleh ini. 

BAHAN-BAHAN

Biskut Deluxe Crackers Hup Seng - 1 paket
Susu segar Dutch Lady Full Creams Milk - 4 sudu
Susu pekat - 1/2 tin (jika manis boleh kurangkan)
Creeme Cheese TARTURA - 250gram
Nestum/Milo/Oreo
Asen vanila  - 2 sudu
 




CARA-CARA MEMBUAT:

 Pukul (250 gram) creeme cheese, (1/2) susu pekat, (4 sudu) susu segar dan (2 sudu) esen vanila hingga sebati/kembang.


 Celup biskut dalam susu. Jangan celup terlalu lama sehingga lembik.

 Susun biskut yang telah dicelup dalam susu dalam bekas/loyang.

Lapiskan susunan biskut tadi dengan creem cheese yang telah dipukul awal tadi.

 Boleh taburkan nestum pada lapisan tersebut.

 Ulang langkah 1 sehingga habis. Lapisan/ketebalan susunan biskut ikut cita rasa sendiri.


 Boleh taburkan milo pada lapisan biskut.


 Setelah siap, masukkan loyang/bekas tadi dalam peti sejuk selama empat ke lima jam.

 Cheesekut yang telah keras boleh dipotong dan dimakan.

Selamat mencuba!


3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78