Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2016

Koleksi Lengkap Buku Zainal Rashid Ahmad

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya boleh tahan lagi malah buat tidak peduli sahaja jika ada telefon pintar, jam tangan atau kereta keluaran terbaharu, tetapi tidak untuk buku. Saya menjadi gelisah tatkala mengetahui penulis yang saya ikuti karyanya ada menerbitkan buku baharu.

Kumpulan Puisi: Sepi itu Mati, tulisan Zainal Rashid Ahmad pada mulanya dikongsikan oleh Tuan Ridzuan Harun di FBnya. Oleh sebab saya tidak mahu terlepas untuk memilikinya, saya berusaha sedaya boleh untuk mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu saya untuk memiliki buku ini.

Tuan Ridzuan Harun ada memaklumkan bahawa buku tersebut akan dijual di Rumah PENA malam esoknya. Jadi saya meninggalkan komen pada status tersebut dengan harapan ada yang sudi membantu. Kebetulan komen saya itu dibalas oleh Dr Hani Salwah Yaakup meminta saya berhubung terus dengan Tuan Syed Mohd Zakir.

Dek tak sabar untuk mendapatkan buku tersebut, saya menghantar mesej kepada beliau melalui FB. Tiba-tiba pula terlintas satu nama di benak saya ketika itu iaitu Puan Zalila Isa yang selalu juga ke Rumah PENA.

Tanpa memikirkan mesej saya yang telah dihantar kepada Tuan SM Zakir, saya pun meminta bantuan Puan Zalila untuk mendapatkan buku tersebut lalu mengeposkan kepada saya.

Akhirnya, beliau bersetuju. Selepas itu saya menghantar mesej semula kepada Tuan SM Zakir supaya buku itu diserahkan kepada Puan Zalila sahaja. Petang ini, buku tersebut sudah selamat sampai di kampung halaman nan tercinta.

Paling bertuahnya saya apabila Puan Zalila turut mengusahakan buku tersebut ditandatangani oleh penulis.

Terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam proses saya mendapatkan Sepi itu Mati. Lengkap buku hasil tulisan Zainal Rashid Ahmad yang ada dalam koleksi saya.

* Terima kasih Tuan Curiouzz He, untuk buku Al- Kisah, sekali gus melengkapkan koleksi ini.

Mohd Helmi Ahmad
Gelisah Seorang Pencinta Buku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78