Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
INGIN MENJADI PENULIS?
Ada yang menulis tanpa bermula dengan bakat. Ada pula yang menulis 
bermula dengan bakat. Bakat itu ada yang kata kurniaan-Nya. Ada yang 
kata bakat boleh diasuh dan dididik. Tidak kiralah tanpa bermula atau 
bermula dengan, "BAKAT" perlu hadir bersama disiplin dan kesungguhan 
yang jitu.
Ada yang mula menulis dengan karya eceran. Ada pula 
yang terus bermula dengan menulis buku. Kedua-duanya sudah pastilah 
menempuhi cabaran yang sama tetapi berbeza.
Boleh saya kongsikan di sini apa yang saya lakukan sebelum, semasa dan selepas menulis sebagai seorang penulis eceran.
SEBELUM
Sebelum menulis, saya akan membeli dan membaca surat khabar dan majalah terlebih dahulu. Boleh dikatakan, saya pernah menghantar hampir kesemua surat khabar dan majalah yang diterbitkan di negara kita ini.

Tujuan saya membeli dan membaca media tersebut, dapatlah saya tahu 
langgam karya yang disiarkan pada setiap minggu ataupun bulan. Selain 
itu, daripada situlah saya dapat menyemak alamat media tersebut untuk 
disertakan bersama surat rasmi penghantaran karya dan alamat e-mel 
editor media tersebut untuk menghantar karya. 
Setelah lama menulis eceran, seseorang penulis dapat memilih dua cara penghasilan karya: 
(i) Pilih media dahulu barulah menulis dan menghantar karya.
(ii) Menulis dahulu kemudian barulah memilih media yang sesuai untuk dihantar karya tersebut.
(ii) Menulis dahulu kemudian barulah memilih media yang sesuai untuk dihantar karya tersebut.
Seterusnya, setiap kali penghantaran karya dibuat saya akan merekod 
tarikh penghantaran dan media terbitan pada satu rekod khas sebagai 
rujukan.
Nasihat saya, jangan lokek untuk membeli dan membaca akhbar dan majalah tersebut sebelum menghantar karya.
SEMASA
Selepas karya dihantar, setiap minggu ataupun setiap bulan, saya akan menyemak media terbitan tersebut untuk mengetahui karya yang dihantar itu disiarkan ataupun tidak.
Selepas karya dihantar, setiap minggu ataupun setiap bulan, saya akan menyemak media terbitan tersebut untuk mengetahui karya yang dihantar itu disiarkan ataupun tidak.
Jika tidak disiarkan, misalnya 
untuk akhbar biasanya dalam tempoh tiga bulan ke atas dan untuk majalah 
bulanan dalam tempoh enam bulan ke atas, saya akan bertanya kepada 
editor status karya tersebut. Hal ini bagi mengelakkan penyiaran karya 
yang bertindan dalam dua media berbeza sekiranya saya menghantar kepada 
media terbitan lain. 
Setelah editor menjawab pertanyaan 
tersebut, saya akan rekodkan pada ruangan status karya - dalam 
penilaian, menunggu giliran ataupun ditolak.
Sekiranya ada karya 
yang ditolak, saya akan cuba murnikan semula untuk dihantar kepada media
 lain pula. Begitulah rutin yang saya lakukan. Ada karya yang masuk 
percubaan kali ketiga dihantar ke media penerbitan baru disiarkan pun 
ada. 
Nasihat saya, untuk mengurangkan peratus karya ditolak 
kerana tidak sesuai dengan muatan media tersebut, eloklah beli, baca dan
 analisis terlebih dahulu media tersebut. 
SELEPAS
Rutin menyemak karya setiap minggu ataupun bulan tidak pernah jemu saya lakukan. Hal ini demikian kerana saya tidak mahu tercicir untuk mendapatkan karya saya yang disiarkan seandainya saya tidak membeli media tersebut untuk didokumentasikan.

Seandainya karya saya 
tersiar, saya akan membeli media tersebut untuk disimpan. Selalunya 
simpanan saya dalam bentuk salinan asal dan salinan yang difotostat. 
Salinan yang difotostat akan saya simpan dalam satu fail.
Seterusnya, saya akan merekodkan bahawa karya tersebut telah disiarkan 
dalam satu senarai. Selain itu, saya akan merekodkan sama ada media 
tersebut telah membayar honorarium ataupun belum bersama jumlahnya. 
Oleh sebab itulah, saya tahu akhbar dan majalah mana yang menyediakan 
ruangan cerpen dan puisi dan akhbar dan majalah mana yang membayar 
honorarium, bahkan jumlahnya.
Selepas ketiga-tiga fasa inilah barulah saya menyusun manuskrip kumpulan cerpen ataupun puisi untuk diterbitkan. 
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku Tetamu Istimewa
Penulis Buku Madu di Tangan
Penulis Buku Bila Ayah Berkaca Mata Hitam

selaamt berjaya semua
BalasPadamhttp://madey09.blogspot.my/ klik blog saya ya
BalasPadam