Pengikut

Ahad, 22 Mei 2016

Borong Buku di PBAKL 2016 - MAEPS Serdang

Assalamualaikum.

Apabila mendapat tahu yang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan di MAEPS Serdang membuatkan saya mengeluh. Pertamanya bagi saya sukar untuk saya ke sana kerana masalah pengangkutan. Dek cintakan buku saya berusaha juga ke sana dengan menggunakan perkhidmatan awam yang ada - Komuter. 

Perjalanan yang meletihkan ini tidaklah merugikan saya sebaliknya memperoleh kepuasan yang berganda apabila buku yang diingini dapat dibeli. Inilah buku-buku yang berjaya dibeli sempena PBAKL 2016.

 Keseluruhan buku yang dibawa, digendong, dijinjing untuk dibawa pulang. 


Saya tertarik membaca buku penulis Indonesia ini Eka Kurniawan. Pernah saya membaca Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas. Dek keterujaan itu saya menyambar Cantik itu Luka dan Lelaki Harimau.


Di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saya mendapatkan beberapa buku yang sukar diperoleh sebelum ini. Noktah Sebuah Perjalanan karya Ahmad J Hussein ini baru sahaja terbit 2016. Kumpulan cerpen ini merupakan kumpulan cerpen keenam beliau jika tidak silap. 

Novel Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani ini sudah lama saya bertagak untuk memilikinya. Akhirnya, di PBAKL saya melangsaikan impian itu sebelum kecewa sendiri jika tidak dapat memiliki novel ini selama saya bertagak.

Hatimu Aisyah dan Meneruskan Perjalanan merupakan buku yang dicetak ulang oleh DBP sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Dato Dr Zurinah Hassan. Ada cerita saya dengan reruai DBP sewaktu PBAKL. Biarlah cerita itu menjadi cerita saya sahaja.


Reruai ITBM merupakan reruai yang wajib saya kunjungi. Institut Terjemahan & Buku Malaysia ini juga merupapan penerbit bagi ketiga-tiga buku saya. Paling istimewanya PBAKL 2016 kali ini, penerbitan siri kumpulan puisi terpilih oleh Sasterawan Negara Usman Awang yang disusun oleh Wan Nor Azriq.


KataPilar penerbit baru bertapak dalam bidang penerbitan. Walaupun masih baru, namun karya yang diterbitkan tidaklah mengecewakan. Masih ada suntikan kualiti dari beberapa aspek. Dengan RM50 saya memperoleh tiga judul buku ini. 


Hajat saya di PBAKL saya ingin mendapatkan buku kanak-kanak Mahaya Mohd Yassin ini. Akhirnya tercapai jua. 


Dubook merupakan penerbitan inde yang semakin popular kini. Untuk PBAKL 2016 Dubook telah menerbitkan semula karya Faisal Tehrani. Antaranya Nama Beta Sultan Alauddin, Perempuan Politikus Melayu dan Surat-surat Perempuan Johor. 


Tiga buku RM10 merupakan satu tawaran yang sangat istimewa. Oleh itu, saya sambar 6 buah buku. Antologi Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini wajar dibaca untuk sesiapa yang ingin menulis cerpen remaja dengan baik. Selain itu, novel HSKU ini boleh dijadikan koleksi yang berharga.

Kumpulan puisi Khadijah Hashim  dan novel Adibah Amin.

Sebahagian buku lagi yang dibeli selepas PBAKL 2016.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...moga setiap naskah memberi apa yang dicari..suka dan tertarik dengan buku kanak-kanak tu.. :)

    BalasPadam
  2. banyaknya buku cikgu beli...akak beli untuk empat orang..utk asben ada, untuk akak ada dan utk anak-anak..jenuh nak menjinjit ke parking.blk naik tram sebab kaki anak udah melecet.

    BalasPadam
  3. Suka belek judul-judul buku yang dibeli, memang ada standardnya yang tersendiri. Saya juga suka mengumpul karya-karya agung dan karya-karya yang seharusnya dimiliki oleh pencinta sastera namun, tidaklah sebanyak Tuan. Berdikit-dikit, yang penting saya baca :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78