Pengikut

Ahad, 10 Ogos 2014

Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014

Assalamualaikum.



Hebahan Maklumat:

Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia - PENA akan diadakan pada 24-26 Oktober 2014 di Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah.

SKPM terbuka kepada semua sasterawan dan penulis bagi meraikan kepelbagaian latar belakang pencinta sastera. Terdapat sembilan sesi pembentangan kertas kerja, ucaptama, forum, deklamasi puisi, persembahan teater Mek Mulung dan pembentangan resolusi bagi memperoleh pandangan yang bernas demi memajukan dunia persuratan di Malaysia.

Maklumat lanjut dan permohonan penyertaan boleh dibuat di www.skpm.net. Tarikh tutup penyertaan pada 5 Oktober 2014.

Menerusi laman sesawang ini pengunjung dapat membaca maklumat serta info berkaitan program ini seperti Objektif Program, Atur Cara, Syarat Penyertaan bahkan Borang Penyertaan turut disertakan.

Sumber: ITBM

Kepada yang berkesempatan bolehlah mengemukakan penyertaan. Nampaknya, saya tidak dapat menyertai acara ini disebabkan acaranya berlangsung pada waktu persekolahan. Biarpun pada hujung minggu, namun jarak dan masa yang dilangsungkan membataskan untuk saya ke sana dan kembali semula dengan segera ke Batang Kali ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mempelawa saya untuk menyertainya. 


6 ulasan:

  1. Tapak yg terbaik utk mengukuh serta meluaskan jaringan kerjaya sbg penulis yg berkaliber.

    BalasPadam
  2. dekat kedah lah
    siapa yang berkelapangan, bolehlah p ye dak =)

    BalasPadam
  3. Rasanya belum lagi layak masuk persidangan... Cikgu mungkin sedikit terkilan kan... Tapi xpe, pasti ada rahmat disebaliknya.

    BalasPadam
  4. terbaikk..semoga penulis Malaysia yang ramai-ramai ni akan terus mengahsilkan karya-karya lagenda, bukan karya-karya sampah...

    BalasPadam
  5. Wah...terbaik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78