Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat lagi membuka blog ini dan berkongsi sedikit ilmu bersama para pengunjung Tetamu Istimewa. Semenjak agak sibuk di sekolah, saya tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada Tetamu Istimewa ini. Namun, saya cuba untuk berkongsi serba sedikit ilmu di sini dengan menerbitkan sekurang-kurangnya satu entri sehari. 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia. 
1. Kekeluargaan
3. Kesihatan dan Kebersihan
4. Keselamatan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas. 
|  | 
| Tema: Kesihatan dan Kebersihan | 
Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 
Bahasa Malaysia Tahun 4 / 2014
Tema: Kesihatan dan Kebersihan
| 
TEMA | 
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN | 
| 
TAHUN | 
4 Sinar | 
| 
TAJUK | 
Alam Ceria Kita Selesa | 
| 
MASA | 
9.30 – 10.30 PAGI | 
| 
STANDARD PEMBELAJARAN | 
1.5.2Menceritakan sesuatu
  perkara yang dilihat dan yang ditonton  dengan tepat, sebutan yang jelas dan
  intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana. 
5.1.6 Memahami dan menggunakan
  kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks. | 
| 
OBJEKTIF | 
Pada akhir pengajaran, murid
  dapat: 
i.                   
  Bercerita
  dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi
  wacana, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 
ii.                 
  Berbicara
  untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara
  secara bertatasusila | 
| 
AKTIVITI | 
1.     
  Murid-murid
  diperdengarkan sebuah lagu “Hijau” nyanyian penyanyi Zainal Abidin (set
  induksi) 
2.     
  Kaitkan
  lirik lagu dengan tajuk pengajaran hari ini. 
3.     
  Murid
  ditunjukkan beberapa contoh gambar tentang alam sekitar yang berlainan
  suasana. 
4.     
  Murid
  bercerita secara umum tentang apa yang terdapat dalam gambar tersebut. 
5.     
  Guru
  menerangkan tentang contoh kata hubung berdasarkan gambar. 
6.     
  Murid
  bersoaljawab dengan guru tentang  
  gambar yang ditunjukkan serta perbezaannya. 
7.     
  Guru
  membentuk kumpulan mengikut aras sederhana dan tinggi  dan murid diminta  berbincang untuk menyampaikan cerita
  perihal gambar yang diberikan dengan gaya tersendiri menggunakan kata hubung
  yang disenaraikan. 
8.     
  Ketua
  kumpulan dilantik dan bercerita tentang gambar. 
9.     
  Ahli-ahli
  dalam  kumpulan pula dipilih secara
  rawak untuk menyatakan cara-cara menjaga kebersihan tempat tersebut. 
10.  Aktiviti 
  membina ayat majmuk sebagai pengukuhan iaitu murid aras sederhana
  membina 5 ayat majmuk dan murid aras tinggi membina 8 ayat majmuk. 
11.  Rumusan: Murid
  diminta beri pengajaran dan nilai murni tentang pelajaran hari ini dan murid dan guru nyanyi
  bersama-sama lagu Hijau. | 
| 
PENGISIAN KURIKULUM | 
Ilmu: Pendidikan Kesihatan ,
  Pendidikan Sivik, DSV 
Nilai: Kebersihan,
  tanggungjawab,mencintai alam sekitar,bekerjasama 
EMK: Pendidikan Alam Sekitar,
  Kemahiran Berfikir 
KB: Menjana idea, membanding
  beza 
BCB: Mekanis | 
| 
BBM | 
Video lagu dan  gambar | 
| 
PENILAIAN P d P | 
Murid dapat bercerita dengan
  gaya bahasa yang sesuai menggunakan kata hubung dan penanda wacana yang
  betul.  | 
| 
REFLEKSI | 
 
 
Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)
BalasPadamMohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Ooooo....! :D
BalasPadambagus perkongsian contoh rph bahasa malaysia ini helmi..
BalasPadamSemoga ianya dapat memberi maklumat dan berguna kepada mereka yg memerlukan.
BalasPadamWalaupun saya bukan seorang guru sekolah, tapi perkongsian ini sangat baik, sekurang-kurangnya saya tahu tugas seorang guru apa yan perlu dilakukan. Beruntunglah pelajar sekarang, cara pembelajaran pun tidak membosankan, sambil dengar lagu boleh berfikir...ku lihat hijau....
BalasPadampening saya baca bila tak terbiasa dengan singkatan2 tu.. hehehe.. apa2 pun, nice share..
BalasPadamnice sharing...
BalasPadammemang terbaik..info yang sesuai dgn keperluan anak.
BalasPadamMaklumat yg berguna utk rujukan ibu bapa juga.. t kasih cikgu Helmi..
BalasPadamsgt berguna. terima kasih.
BalasPadam