Pengikut

Isnin, 25 Mac 2013

Koleksi Buku: Hadiah daripada Penulis Negeri di Bawah Bayu


Nampaknya, minggu ini saya tidak habis lagi membicarakan tentang koleksi buku. Ini ada lagi koleksi buku terbaharu saya. Buku ini saya terima (hadiah) daripada seorang rakan yang pada mulanya saya tidak kenali. Perkenalan kami hanya berlangsung dalam beberapa hari sahaja menerusi e-mel. Kemudian, beliau meminta saya memberikan alamat untuknya mengirimkan saya sebuah bukunya.

Saya rasa sangat terharu sebenarnya. Sebelum ini belum pernah orang menghadiahkan saya sebuah buku. Terima kasih kepada Muhammad Abdulloh Suradi. Moga perkenalan ini akan terus menjalin ukhwah antara kita.

Secawan Kebijaksanaan merupakan himpunan puisi dan cerpen pemikiran dan nilai Islam bersajikan al-Quran dan as-Sunnah. Buku ini dihadiahkan khas oleh penulis Negeri di Bawah Bayu.

2 ulasan:

  1. Bang Helmi, buku tu nampak menarik!

    BalasPadam
  2. Ya, Sue. Buku ini menarik dan bagus untuk dimiliki. Satu kembara rohani yang baik.

    Muda lagi penulisnya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78