Pengikut

Rabu, 27 Februari 2013

Lagi Buku Terbaharu Terbitan ITBM


Sememangnya buku-buku terbitan ITBM menjadi kesukaan saya. Kini saya sudah menyenaraikan buku terbitan terbaharu ITBM yang akan saya dapatkan. Antaranya termasuklah:

1) Hujan Hujung Januari - Rebecca Ilham
2) Hering - Faridah Abdul Hamid
3) Cerita Kota Kami - Jasni Majid
4) Misi Penyepit Kain - Ruhaini Matdarin
5) Yang Terselindung - Sasya Zainal
6) Bunga di Atas Meja - Rositah Ibrahim
7) Bunga Kepingin Kelopak Rindu - Jamaludin D.
8) dukana - Ruhaini Matdarin
9) Poskad dari Rakyat - Marjan S
10) Syair Negara Tercinta - Ghazali Lateh

Saya memang cemburu apabila melihat buku terbaharu terbitan ITBM ini. Bilalah saya hendak ada buku sendiri pula. 

8 ulasan:

  1. As salam cikgu. Tahniah, cerpen "Dalam Lingkungan Hantu" tersiar dalam Dewan Budaya, Mac 2013. Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  2. Wah tersiar lagi cepen bang Helmi. Tahniah!

    InsyaALLAH bila tiba waktunya nanti, akan adalah buku kumpulan cerpen bang Helmi sendiri. :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih, Sue. Dah lama abang mencuba di Dewan Budaya.

    Amin. Doakan ye.

    BalasPadam
  4. Salam helmi.
    Hantar sahaja manuskrip ke ITBM.
    Sekarang saya di ITBM

    BalasPadam
  5. Waalaikumsalam, MKriza.

    Saya dah hantar manuskrip kumpulan cerpen remaja sekitar bulan Disember 2012. Namun belum ada maklum balas lagi. Mungkin masih dalam penilaian.

    Tolong tengokkan. Lama lagi ke?

    Masih menyusun manuskrip kumpulan puisi dan sebuah lagi kumpulan cerpen. Harap boleh hantar tahun ini juga. MKriza bahagian editor ke?

    BalasPadam
  6. Aah saya editor di Jabatan Buku Malaysia. Insya-Allah nanti saya tengok-tengokkan buku Helmi. kalau ada apa2 perkembangan saya khabarkan nanti.

    BalasPadam
  7. MKriza, hebatnya dapat jadi editor di Jabatan Buku Malaysia.

    Terima kasih ya. Nama kumpulan cerpen saya tu TETAMU ISTIMEWA. Harapan saya, luluslah untuk penerbitan. Amin.

    Sekarang ni, MKriza tengah edit buku siapa?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78