Pengikut

Jumaat, 4 Mei 2012

E-mel Kehendak Atau Keperluan?

Suatu masa dahulu saya bermula menulis dan menghantar karya ke media melalui pos. Ketika itu saya merasakan itulah satu-satu cara yang mudah bagi saya. Kerananya saya tidak mempunyai jalur lebar-internet. Dan saya juga masih terkial-kial untuk menggunakan komputer mahupun laptop. Apalagi untuk memasuki gedung sumber yang terlalu luas tanpa sempadan itu.

Alhamdulillah, walaupun begitu karya-karya saya masih dapat diterima. Pada peringkat awal antara media yang menjadi sasaran saya adalah Tunas Cipta. Hampir setiap bulan saya akan menghantar puisi ke TC melalui pos. Tentu editor yang pernah mengendalikan TC pada ketika itu menyedarinya. Hinggakan pernah pada tahun 2009 terdapat lima (5) buah puisi dan tahun 2010 enam (6) buah puisi yang mendapat tempat di TC. 

Selain itu, ada juga saya cuba-cuba menghantar karya baik cerpen mahupun puisi ke akhbar. Malangnya tiada sebuah cerpen pun yang tersiar di akhbar. Begitu juga di majalah. Ini bermakna tiada sebuah cerpen pun yang saya hantar menggunakan pos yang disiarkan oleh editor tersebut. Saya berfikiran positif barangkali cerpen saya ketika itu masih perlu diperbaiki. Namun itu tidak mematahkan semangat untuk saya terus berkarya dan menghantarnya ke media.

Sehinggalah saya memiliki akaun e-mel. Persoalannya adakah e-mel adalah suatu kehendak atau keperluan? Bagi saya e-mel adakah keperluan. Bukan lagi kehendak. Seorang penulis perlu memiliki e-mel sendiri. Bukan sahaja untuk memudahkan proses menghantar karya malah melalui e-mel juga dapat menjalinkan hubungan dengan rakan penulis yang lain. Barangkali ada yang menghukum saya sebagai penulis kuno kerana sekarang ini sudah ada kemudahan laman muka buku. Tetapi bagi saya e-mel lebih bersifat peribadi yang mana hanya pengirim dan penerima sahaja yang boleh membaca sesesuatu bahan yang dikirimi itu. 

*Agak terkilan kerana tidak dapat mengunjungi PBAKL buat kali kedua. Banyak sangat kekangannya. Saya mempelawa pengunjung-pengunjung PBAKL untuk berkongsi pengalaman dengan saya. 


2 ulasan:

  1. Tahniah kerana cerpen tersiar dalam Berita Minggu PULUT DURIAN SANTAN KELAPA. Sesungguhnya anaknda tidak pernah kering idea. Alhandulillah, cantik. Teruskan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ayahanda. Terima kasih.

    Untuk pengetahuan juga, ini bukanlah cerpen terbaharu tulisan ayahanda. Cerpen ini ditulis pada tahun lepas cuma belum rezeki disiarkan setelah menghantarnya ke media lain.

    Alhamdulillah Berita Minggu menerimanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78