Pengikut

Rabu, 23 April 2014

Semakan Keputusan Tawaran ke Matrikulasi Sesi 2014/2015



Hebahan Makluman: Kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang membuat permohonan UPU untuk mengikuti pengajian di Matrikulasi bagi sesi 2014/2015 bolehlah membuat semakan keputusan tawaran kemasukan pada 24 April 2014 (Khamis). 



Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi sesi 2014/2015, calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Kepada calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Matrikulasi pada 24 April hingga 8 Mei 2014.

Sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 0388844083/4036/4040 atau layari laman Portal KPM di capaian url http://www.moe.gov.my


SAPS: Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Assalamualaikum.

Dua minggu lagi, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan bermula di sekolah saya. Jadi, guru-guru sedang sibuk menggubal soalan peperiksaan ini, termasuklah saya. Selama itu juga saya semakin menyepi dalam menerbitkan entri. Sengaja saya tidak menerbitkan entri untuk memberi peluang kepada diri saya untuk berehat. Dalam tempoh "rehat" itu sebenarnya kesihatan saya tidak berapa baik dek tekanan kerja di sekolah dan perubahan cuaca. 

Setelah keputusan peperiksaan diumumkan nanti, ibu bapa juga boleh mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS, untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka. 

Klik di sini untuk masuk ke laman tersebut. 


Pada laman tersebut, ibu bapa akan melihat ruangan MENU yang disediakan. 
Ibu bapa perlu klik ikon SEMAKAN IBUBAPA. 

Ibu bapa akan dibawa ke laman Log In yang mana ibu bapa perlu memasukkan No KP/Sijil Lahir, klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan tahun 2014. Seterusnya, klik Semak Laporan. 

Untuk lebih mudah, klik saja pada pautan ini 



Selamat mencuba!

Peringatan: Sistem SAPS hanya digunakan untuk murid Tahun 5 dan 6 sekolah rendah dan Tingkatan 4 dan 5 sekolah Menengah. Untuk semakan murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 3 sekolah menengah akan saya maklumkan kemudian jika ada sistem semakan yang dibuka setelah SPPBS dihentikan.


Sabtu, 19 April 2014

Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH (2) Kembali Lagi

Assalamualaikum.



Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!


Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!

Syarat-syarat Penyertaan: 

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. 
  • Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DI SINI. 
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman, bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.
  • Kepanjangan karya :  
          a. NOVEL: tiada had halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih
             dua (2) halaman. 
           b. KUMPULAN CERPEN: minimum 10 karya atau 10 buah cerpen.
           c. KUMPULAN PUISI: minimum 30 karya atau 30 buah puisi.  

  • Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.
  • Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 

PENGHANTARAN: 

Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara@itbm.com.my

ATAU

Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)

atau

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

Sumber: Portal ITBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78