Pengikut

Jumaat, 19 Mei 2017

Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017

Berita Harian (BH) telah melancarkan sayembara novel remaja dan kanak-kanak 2017. Untuk sayembara ini BH telah bekerjasama dengan Majlis Buku Kebangsaan. 


Syarat dan borang penyertaan: 

Berikut ialah syarat penyertaan seperti yang ditetapkan penganjur:
Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali warga kerja NSTP dan MBKM.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1) Kategori novel remaja
2) Kategori novel kanak-kanak

》Tema sayembara ini adalah bebas tetapi karya hendaklah bersesuaian dengan nilai-nilai baik dan murni bagi kelompok pembaca remaja serta kanak-kanak.

》Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap genre.

》Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 80 hingga 100 muka surat, manakala bagi novel remaja dalam lingkungan 100 hingga 200 muka surat.

》Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.

》Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah, manakala nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.

》Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.

》Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah berkenaan perlu dipulangkan semula kepada penganjur.

》BH berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan BH.

》Keputusan panel hakim adalah muktamad.

》Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, sinopsis karya dan sekeping gambar berukuran pasport.

》Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 31 Oktober 2017 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH,
BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

HADIAH
Novel Remaja
Pertama : RM15,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM12,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM10,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM5,000 & hadiah iringan

Novel Kanak-kanak
Pertama : RM10,000 & hadiah iringan
Ke-2 : RM8,000 & hadiah iringan
Ke-3 : RM6,000 & hadiah iringan
Saguhati x 2: RM3,000 & hadiah iringan

Borang Penyertaan Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017 dengan Kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.


Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan boleh mendapatkan borang dengan melayari laman web www.bhpendidikan.com.my dan www.bharian.com.my bermula 15 Mei 2017 ini.


Rabu, 10 Mei 2017

Buku Apa yang Dibeli di PBAKL 2017?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 telahpun selesai. Saya yakin, pasti pencinta buku mengambil peluang ini untuk mengunjungi PBAKL dan membeli buku. 

Di PBAKL banyak buku atau bahan bacaan yang boleh diburu sama ada, terbitan baharu ataupun buku langka. Bahkan, potongan antara 20 hingga 50 % diberikan kepada pengunjung.

Oleh hal yang demikian, saya mengambil kesempatan itu untuk membeli beberapa buah buku. 

Hasil belian buku kali pertama di PBAKL 2017


Buku baharu terbitan ITBM.

1. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: E-mel untuk Merdeka - Salina Ibrahim
2. Kumpulan Cerpen: Zamindar - Zaen Kasturi
3. Kumpulan Cerpen: 20 Cerita Tentang Tuhan - Syed Mohd Zakir
4. Kumpulan Puisi: Merumahkan Kembara - Shafiq Said 
5. Kumpulan Sajak-sajak Cinta: Yang Sukar Dijawab adalah Rindu - A. Rahim Abdullah 
6. Kumpulan Cerpen Remaja: Semua Hatimu - Ismail Supandi


 Koleksi Kumpulan Puisi T. Alias Taib yang diterbitkan semula oleh GUER.RIL.LA secara perlesenan.

1 set lengkap = RM100

#GUERILLA #DBP


1. Terkenal di Langit - Khairul Hakimin Muhammad
2. Insecure - Seplia
3. Rahsia Bapa Viral Kebangsaan - Khairul Hakimin Muhammad

3 buah RM50

#GUERILLA #Dubook


 Pluviophile - Nur Suhada
Malam Persembunyian - Faisal Mat Zawi

#KataPilar


1. Selestial - Lokman Hakim
2. Pasca Titah Tuhan - Lokman Hakim
3. Perempuan Anggerik - Faisal Tehrani
4. Sungai Mekong - Latiff Mohidin

#SIMPTOMATIK #GUERILLA #DBP



1. Cerpen-cerpen Patah Hati - Saharil Hasrin Sanin
2. Kitab Riwayat Hidup - Faisal Tehrani
3. Anak-anak Karen - Isma Ae Mohamad

3 buah RM60

#Dubook



1. Dewan Bahasa
2. Menulis Mengatur Diri Berfikir - Nisah Haron

#DBP


Bagi seorang penulis, pembelian buku merupakan satu pelaburan. Hasil pembacaan buku-buku ini mampu memberikan pulangan daripada pelbagai aspek.

Syabas dan tahniah kepada semua penulis dan penerbit.

Mohd Helmi Ahmad
Hari Raya Penulis

Isnin, 1 Mei 2017

Diskaun Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


PROMOSI BUKU 2017 - KARYA MOHD HELMI AHMAD
KENAPA ANDA PERLU BELI?

Biarpun pada awalnya saya sekadar mencuba sahaja memasuki bidang penulisan dengan bermula menulis karya eceran, kini sedar tak sedar saya telah memiliki tiga buah buku. 

Sepanjang tahun 2009 hingga 2016, banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip dan tidak kurang juga cabaran yang dihadapi mematangkan saya untuk terus berada dalam bidang ini. 

Pencapaian yang tidak terduga itu lebih banyak manisnya daripada pahit untuk dikongsikan. Biarpun belum cukup matang, tetapi proses kedewasaan itu akan terus didaki. 

1. Pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tiga tahun berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Ketiga-tiga cerpen remaja tersebut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

2. Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin yang pernah memenangi HSKU, terpilih untuk dijadikan teks Komsas Tingkatan 1 mulai 2015 - 2019. Cerpen tersebut turut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

3. Paling membanggakan saya apabila Tetamu Istimewa diiktiraf sebagai Kumpulan Cerpen Remaja terbaik dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014.

4. Madu di Tangan menghimpunkan 50 buah puisi awal saya dalam bidang penulisan. Kebanyakannya pernah disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti akhbar dan majalah. 

5. Madu di Tangan, bersifat sederhana tetapi jika didalami daripada satu puisi demi satu puisi, anda akan melihat rakaman kehidupan saya.

6. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam pula menghimpunkan 18 buah cerpen dewasa/umum dari tahun 2010 hingga 2013. Penulisan daripada jiwa kepada jiwa dilihat lebih jujur dan ikhlas. 

7. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam turut memuatkan dua buah cerpen saya yang pernah memenangi Sayembara Cerpen ASASI dan Sayembara Cerpen ANIS. 

* Stok Tetamu Istimewa cetakan pertama yang ada pada saya, terhad.
* Jika ada yang berminat untuk membeli berasingan ataupun pakej dua buku, boleh maklumkan kepada saya.
* Jika ada yang berminat untuk bertukar-tukar buku (bergantung kepada buku yang belum saya miliki) juga boleh maklumkan kepada saya.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78