Pengikut

Ahad, 8 Disember 2013

Koleksi Buku Bulan Disember 2013

belian buku di Kedai Buku 1Malaysia

"Pesan Seorang Lukman" 
ayuhlah kita "Ke Pulau Sebatik 1" 
mencari warisan "Pusaka Cendana" 
"Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu" 
dan janganlah pula kita leka 
lihatlah sama "Kalaulah Cermin Sisi Bersuara" 
untuk kita memandang setiap posisi kehidupan. 

Pagi tadi, saya berkesempatan ke UTC Kedah untuk proses menukar IC saya yang telah rosak. Alang-alang ke UTC, singgah sebentar di Kedai Buku 1Malaysia. Seperti tidak dapat menahan nafsu untuk membeli buku, akhirnya tersambar juga beberapa buah buku. Tiga buah daripadanya terbitan ITBM dan dua lagi terbitan Utusan Publications - antologi pemenang HSKU. 

Maka, pembelian ini saya masukkan untuk koleksi buku bulan Disember 2013. Biarpun perkiraannya sempat tak sempat saja untuk dibaca, saya akan cuba menghabiskannya sebelum sesi persekolahan 2014 dibuka. Pembelian ini juga bagi membalas dendam kerana saya tidak dapat ke Pesta Buku 1Malaysia yang dikatakan akan diadakan di PWTC tidak lama lagi. 


8 ulasan:

  1. rajin cikgu membeli buku ^_^ patutlah banyak idea

    BalasPadam
  2. Yang penting buku sudah di tangan, bacalah kapan sempat. Kalau masih di toko maka susah... :)

    BalasPadam
  3. contoh yang baik utk anak murid cikgu sendiri :)

    BalasPadam
  4. hehehehehe..kathy ni orang sebatik...

    BalasPadam
  5. Perghhhh sekali sambar 5 tu hehehe

    BalasPadam
  6. Selamat membaca, berhibur sambil mencerna ilmu.. :)

    BalasPadam
  7. bagus helmi rajin membaca.. aiza pula kalau ke kedai buku selalu mencari buku motivasi saja.. novel atau karya sastera memang dah lama tak beli..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78