Pengikut

Sabtu, 22 Februari 2014

Taktik Pengiklan H12 dengan Perempuan Seksi

Selamat petang semua.

Perempuan Muslimah


Jika sebelum ini pengiklanan Nuffnang sangat popular dalam kalangan blogger, namun kini kebanyakan blogger sudah beralih arah kepada pengiklan H12. Saya sudah perhatikan beberapa blog rakan blogger yang memasang iklan ini. 

Sememangnya saya tidak tahu sangat bab pengiklanan ni, tetapi apabila saya memasuki beberapa blog saya mendapati iklan yang terpasang dengan seorang perempuan seksi memakai pakaian dalam, menyebabkan saya terfikir, mengapa blogger tersebut tergamak memasang iklan begitu di blognya. (Jauh bezanya dengan gambar perempuan muslimah di atas)

Adakah hanya kerana mahukan pendapatan sampingan, mereka "tidak mengapa" mengiklankan produk iklan sebegitu rupa. Ya, walaupun iklan itu tidak tetap, namun apabila iklan itu sesekali muncul kala saya melayari blog tersebut sesungguhnya amat menjolok mata. Tidak perlulah untuk saya sertakan printscrennya sebagai bukti. Saya juga yakin, kalian semuanya juga menyedarinya. Jadi, hati-hatilah memilih pengiklan untuk memasang iklan dalam blog.



28 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...sama macam akak,bab2 iklan ni akak tak reti sangat...takut bila iklan lain pulak yang timbul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya pun tak pandai. Ada juga yang cadangkan supaya saya pasang iklan, tapi buat masa ni nanti dululah.

      Padam
  2. kadang2 blogger ni diberitahu akan promosi sesuatu yang bagus. akhirnya terpalit benda yang boleh menjejaskan imej pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, kena selidik betul-betul, pengiklanan yang bagaimana yang ditawarkan.

      Padam
  3. em..kena berhati2 gk bila nk psang iklan ni..

    BalasPadam
  4. mama memang tak tahu iklan itu begitu, sebab masa tu mama tak buka blog, nasib ada yang beritahu mama kat fb, terus mama delete... tak pasang dah.. seksi bebeno ye cikgu iklan nya..

    BalasPadam
  5. betul tu.. Kak Erin pun terkejut tengok ada iklan macam tu di beberapa blog..
    p/s : cantik blog Cikgu yang berwajah baru.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatkan saya seorang saja perasan.
      Terima kasih, kak erin. Kak Kathy yang banyak membantu.

      Padam
  6. Balasan
    1. Ya, betul Tuan Khairuddin. Perlu dipertimbangkan juga kita sebagai seorang Islam.

      Padam
  7. mungkin diorang tak perasan kewujudan iklan tu
    kalau cikgu maklumkan pada mereka
    baru perasan agaknya

    BalasPadam
  8. mungkin apa yang diwar2kan tak seindah gambar yang dipaparkan...

    BalasPadam
  9. Mmg betul tu.. saya pun ada perasan permasalahan itu... mmg memalukanlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iklan sebegitu tak perlulah dipromosikan kepada blog umum atau awam ni.

      Padam
  10. buat sesuatu dgn niat baik....dan usaha itu lebih berkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batul tu kak. Tuan blog pun kena ambil berat tentang ni.

      Padam
  11. akak ada juga dapat undangan melalui emel dan facebook fanpage berkenaan iklan itu dari pihak H12.. setelah melihat contoh beberapa iklan gadis seksi di blog beberapa rakan blogger, terus pendamkan niat tu.. p.s: cantik tampilan baru blog helmi.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mereka ada buat tawaran ya.

      Terima kasih, kak aiza. Kak Kathylah yang banyak membantu.

      Padam
  12. nuffnang pun ada problem tu sebenarnya..yalah bila register tak sangka ada iklan macam tukan..tapi bila dah terkena mungkin perlu tukarkan..kalau tak susah jugak ada saham sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah selalu muncul iklan seksi tu, lebih baik tukar sajalah kan.

      Padam
  13. tu sebab sampai la kak anim pun tak berani pasang iklan..
    bimbang blog kita jadi penyebab...orang kutip dosa memandang dan kita pula jadi punca..
    aduh..takutnya

    BalasPadam
  14. saya belum memasuki dunia blog marketing, masih sekedar menulis sebagai hiburan sahaja... tapi saya sepakat kita mesti berhati-hati memilih pengiklan.. kadang bukan keinginan kita ada iklan yang tidak sepantasnya namun oleh sebab pengiklan maka iklan tersebut dapat muncul...

    by the way, saya suka sekali dengan tampilan baru blog ini. :-) saya juga baru tahu nama lengkap penulis blog ini :)

    BalasPadam
  15. memang kena hati2.. mereka siarkan saje dan bila orang datang blog kita tengok iklan tersebut akan buat persepsi yang buruk

    BalasPadam
  16. CN pernah jmpa gak blog yg ada iklan h12 ni, skt hati gak sbb sensitip sgt, terklik terus ke iklan dorang yang mcm virus jer, takut CN !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78