Pengikut

Selasa, 4 Februari 2014

Sijil Ujian Kompetensi ICT untuk Guru yang Lulus

Assalamualaikum semua.


Saya pernah berkongsi entri Semakan Status Ujian Kompetensi ICT Guru kepada seluruh guru di Malaysia. Saya pasti, sudah ramai yang menyemaknya dan sudah ada pun yang diberikan sijil. Tahniah, diucapkan kepada yang berjaya! Sijil ini bolehlah disimpan dalam fail sebagai koleksi peribadi. Jangan hilangkan pula ya.

Adakah yang gagal? Sudah pastilah, jika ini berlaku guru-guru ini akan berasa runsing sama ada perlu mengambil sekali lagi ataupun ada tindakan yang dikenakan. Setakat ini saya tidak dapat apa-apa maklumat lagi tentang perkara ini. 

Ada juga yang berkata, sekiranya guru gagal dalam ujian ini mereka akan diberi kursus khas untuk meningkatkan kecekapan guru tersebut menggunakan ICT. Bukankah itu yang terbaik sekiranya guru itu memerlukannya untuk membantunya menggunakan ICT pada zaman sekarang ini. Walau apa-apa pun, kepada guru yang gagal, usah bimbang dan runsing. Setakat ini belum ada apa-apa arahan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Nota: Maaf, tak dapat BW dan sebagainya. Masih letih. Pagi tadi sampai di Batang Kali pukul 5.30 pagi, pukul 6.40 terus ke sekolah. Sempat berehat sekejap selepas balik dari sekolah. 

11 ulasan:

  1. berehatlah secukupnya supaya bertenaga untuk mengajar ...

    BalasPadam
  2. excited tunggu sijil ni. mcm cantik je

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu..cantik sijilnya secantik ilmu yang di terima...

    BalasPadam
  4. Berehatlah secukupnya... semoga cikgu Helmi terus berjaya.. aamiin.. Tahniah!!

    BalasPadam
  5. memang penting..guru² kena celik IT..

    BalasPadam
  6. Kami di utara pulak helmi, result belum keluar, sijil dah lama dapat. Hee....

    BalasPadam
  7. Zaman nie.. guru2 pun perlu celik IT kan...

    BalasPadam
  8. Kalau ayah ida semua sijil2 serta anugerah ni, dia akan framekan dan gantung di dinding rumah...sampai penuh dinding tak muat dah hehe

    BalasPadam
  9. guru di zaman sekarang semuanya perlu celik IT..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78